Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Paul Pogba mengatakan bahawa ‘impiannya’ adalah bermain untuk Real Madrid

Paul Pogba mengatakan bahawa ‘impiannya’ adalah bermain untuk Real Madrid dan mendedahkan bahawa tiada perbincangan lanjut dengan Ed Woodward mengenai kontrak baharu ketika dia secara terbuka mahu pergi dari Manchester United

Paul Pogba mengisyaratkan untuk meninggalkan Manchester United dengan menyatakan bahawa ‘impiannya’ adalah untuk bermain bersama Real Madrid ketika kontraknya Old Trafford habis kelak.

Kontrak pemain Perancis di kelab gergasi Liga Perdana itu akan berakhir hanya dalam masa 10 bulan dan pemain berusia 27 tahun itu mengakui bahawa ketua eksekutif Red Devils, Ed Woodward, tidak bertemu dengannya langsung untuk berbincang mengenai perjanjian baru.

Pogba sering dikaitkan dengan perpindahan keluar dari United pada tahun lepas, terutamanya apabila dia tidak banyak bermain musim lalu akibat kecederaan jangka panjang dan ejennya Mino Raiola menyalahkan kelab kerana ‘kekurangan arah tujuan’.

Paul Pogba mengakui bahawa dia tidak ditawarkan sebarang kontrak baru oleh Manchester United – Sumber gambar dari Daily Mail Football
Pogba mengakui ia adalah impian untuk bermain buat Real Madrid, yang dikendalikan oleh Zinedine Zidane – Sumber gambar dari Daily Mail Football

Walaupun Pogba masih kekal sebagai pemain utama di Old Trafford musim ini, dia memberitahu sidang media untuk pasukan kebangsaan Perancis pada Khamis: ‘Ya, semua pemain bola sepak akan suka bermain untuk Real Madrid. Ia adalah impian bagi saya, mengapa tidak satu hari nanti?

“Saya di Manchester dan saya suka kelab saya. Saya bermain di Manchester, saya sangat seronok dan saya mahu melakukan segala-galanya untuk membantu kelab berada di tahap yang terbaik. Saya akan memberikan segalanya pada tahap maksimum, seperti rakan sepasukan saya.’

Manchester United kini berada dalam krisis setelah kekalahan 6-1 kepada Tottenham Hotspur hujung minggu lalu menbuatkan mereka tersungkur di tempat ke-16 setelah tiga perlawanan.

Kontrak Pogba di United bakal berakhir dalam 10 bulan dan pemain berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan – Sumber gambar dari Daily Mail Football

Ia adalah musim panas yang sukar buat The Red Devils, mereka kehilangan sasaran perpindahan utama Jadon Sancho dan kemudian gagal membawa pemain pada prestasi tertinggi semasa jendela perpindahan musim panas ini.

Sekarang mereka merancang untuk melakukan satu perpindahan lain kerana buat masa ini kelab menolak untuk mengadakan rundingan bersama Pogba mengenai perjanjian kontrak baru, walaupun pemain tengah Perancis itu adalah seorang yang popular di Old Trafford.

Pogba meneruskan: ‘Tiada sesiapa memberitahu saya apa-apa. Saya belum bercakap dengan Ed Woodward. Kami belum berbincang mengenai perjanjian baru.

“Pada masa ini, saya berada di Manchester dan saya akan memberi sepenuh tumpuan untuk kembali ke penampilan terbaik saya.

“Saya rasa kelab akan datang dan bercakap dengan saya pada masa yang sesuai nanti dan mungkin akan menawarkan sesuatu kepada saya, atau tidak.

‘Setakat ini, tiada apa yang berlaku. Saya tidak dapat memberitahu anda sesuatu yang saya tidak tahu.’

Pogba kini sedang bermain dengan Perancis sebelum kembali ke England untuk meneruskan musim bersama Manchester United.

Pemain tengah itu bermain sebagai pemain gantian ketika Les Bleus menang 7-1 di tempat sendiri keatas Ukraine dalam perlawanan persahabatan pada malam Rabu. Perlawanan Manchester United yang seterusnya akan menentang Newcastle United pada hari Sabtu.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd