Paul Pogba kembali ke Juventus…?

0

Laporan dari Italy menyebut Juventus sedia membawa pulang Paul Pogba kembali ke Turin dan pemain antarabangsa Perancis itu perlu menerima pemotongan gaji.

Juventus sedia membayar gaji £10 juta setahun kepada Pogba dengan syarat Pogba tidak menyambung kontraknya di Manchester United dan berpindah ke Juventus secara percuma tahun hadapan.

Juventus sedia menjual Aaron Ramsey dan Adrien Rabiot bagi menyediakan dana untuk membayar gaji Pogba.

Bercakap tentang perpindahan ini, Paul Pogba berkata beliau hanya fokus pada musim ini dan tidak berfikir mengenai perpindahan.

 

 

 

 

- Advertisement -