Paul Pogba hantar mesej kepada peminat United

0

Paul Pogba masih belum menandatangai sebarang kontrak barunya pada ketika ini. Tetapi dia masih kekal di United.

Pemain antarabangsa Perancis ini telah menjalani latihan bersama pasukan United sejak minggu lepas telah masuk sebagai pemain gantian ketika United menang selesa 4-0 ke atas Everton.

Pogba telah menghantar mesej di laman sosialnya. Dia telah bersedia untuk menghadapi musim barunya ini yang akan bermula pada hari Sabtu.

Dengan semangat dan keazaman yang Pogba pamerkan ini, peminat pasti mengharapkan Pogba mendapat tawaran baru sebelum awal tahun hadapan. Ia pasti akan menjadi perkara utama dalam situasi mengenai masa depannya bersama United.

Peminat United gembira melihat Pogba kembali bermain di Old Trafford dan dia telah menerima penghargaan daripada peminat-peminat yang hadir.

Apa yang paling ditakuti oleh peminat adalah kemungkinan untuk Pogba meninggalkan United secara percuma pada musim hadapan. Namun pihak pengurusan pasti akan melakukan yang terbaik jika Solskjaer masih memerlukan khidmat Pogba untuk kekal bersama United.

Perpindahan Pogba ke PSG pada musim ini hanya khabar angin. PSG sudah menandatangai Messi secara percuma. Ia berita baik buat kem United kerana mustahil untuk PSG untuk mendapatkan Pogba pada musim ini.

Namun pada musim hadapan, lain ceritanya. Jika masih tiada tawaran kontrak atau Pogba tidak bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan, maka PSG pasti mejadi destinasi seterusnya bagi Pogba.

Pogba kini sudah hampir 5 tahun bersama United. Banyak perubahan dan peningkatan telah berlaku kepada pasukan United dalam tempoh berkenaan. Berkemungkinan musim ini adalah musim kejayaannya.

- Advertisement -