Paul Pogba gembira dengan persediaan pasukan Perancis

Perancis akan menentang Bulgaria pada awal pagi ini untuk sesi persediaan terkahir mereka.

0

Paul Pogba telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi ketika persediaan perlawanan terakhir sebelum memulakan kempen Piala Eropah edisi kali ini.

Perancis akan menentang Bulgaria pada awal pagi ini untuk sesi persediaan terkahir mereka.

Pogba dilihat begitu ceria dan bersemangat ketika menjalani latihan persama rakan sepasukanya itu.

Pasukan Perancis telah diundi dalam kumpulan maut di mana pertembungan berlaku di antara rakan sepasukan United iaitu Pogba dan Bruno. Perancis kali ini diundi bersama dengan pasukan Jerman, Portugal dan Hungary.

Pertembungan Portugal dan Perancis akan menjadi perlawanan semula selepas Portugal menewaskan Perancis pada perlawanan akhir Piala Eropah 2016 yang lepas.

Namun, pasukan Perancis berjaya menjuarai Piala Dunia pada tahun 2018 dan ia merupakan kejohanan besar yang utama mereka menangi piala sejak kehadiran Pogba dalam pasukan tersebut.

Pogba ada berkata,”Pasukan akan menggeruni pasukan Perancis, akan tetapi kami akan berhadapan dengan tekanan yang kuat ketika berhadapan dengan pasukan-pasukan lain. Kami merasakan dengan kekuatan yang kami ada dibarisi para pemain yang bagus dan berkualiti, kami harus menang dan kami perlu menjaringkan gol yang banyak.”

“Peminat akan merasakan perkara seperti ini. Ia memang tidak akan dinafikan. Namun ini bola sepak. Ego yang tinggi kadang kala akan menjerat diri kita sendiri.”

Pogba dalam pada itu, masih samar-samar mengenai masa depannya bersama pasukan United. Segala ada kemungkinan akan terjawab selepas kejohanan Piala Eropah ini. Pogba masih lagi mempunyai baki 1 tahun kontrak bersama United.

- Advertisement -