Paul Pogba dan Mason Greenwood beri mesej kepada peminat selepas United gagal pulang dengan 3 mata

0

Manchester United telah bekerja keras pada perlawanan malam tadi sebelum mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Southampton malam tadi. United telah mendominasi perlawanan dengan baik namun mereka gagal menyempurnakan peluang gol yang terhidang sambil telah melepaskan gol mudah pada separuh masa pertama.

United telah melepaskan 2 mata berharga yang sememangnya tidak harus berlaku pada permulaan musim baru ini. Para pemain United cuba berkeadaan positif selepas keputusan tersebut di antaranya Mason Greenwood. Permainan 1-2 Pogba dan Bruno telah memberi ruang kepada Mason Greenwood untuk menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan tersebut.

Mason Greenwood telah muat naik gambar dan mesej di Instagramnya, ‘Bukan keputusan yang kami mahukan, namun saya gembira dengan jaringan dan kehadiran peminat United di tempat lawan.’

Manakala Pogba juga tidak ketinggalan muat naik gambar dan mesej di Instagramnya, ‘Teruskan usaha, fokus untuk perlawanan seterusnya.’

United akan menghadapi 1 lagi perlawanan di tempat lawan sebelum memberi ruang kepada perlawanan antarabangsa. United akan berhadapan dengan Wolves. United haru smenang dalam perlawanan ini. Dengan itu, United akan memperolehi 7 mata daripada 9 mata keseluruhan dan ia merupakan satu perkembangan positif jika dibandingkan dengan musim lepas.

Chelsea dan Liverpool mencatatkan kemenangan pada 2 perlawanan pertama, dan United kekal berada di belakang 2 pasukan ini. Kedua-dua pasukan ini dilihat sebagai pencabar utama kejuaraan musim ini.

- Advertisement -