Paul Pogba bersuara selepas kecewa Perancis tersingkir

0

Kylian Mbappe telah memberitahu kepada peminatnya sejam selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti ke-5 Perancis yang sekaligus menyebabkan Perancis tersingkir dari Euro 2020. Mbappe telah memohon maaf di atas kegagalannya menyepak masuk sepakan penalti tersebut.

Manakala lain ceritanya pula bagi Paul Pogba. Dia tidak ada keperluan untuk memohon maaf kepada peminatnya. Pemain tengah United ini telah mempamerkan aksi yang memukau sepanjang bersama pasukan Perancis namun nasib tidak menyebelahi pasukan Perancis.

Selepas hampir 24 jam berlalu, Pogba telah menyampaikan mesej di media sosialnya mengenai pasukan Perancisnya. Dia telah memperkatakan mengenai bola sepak merupakan sukan yang sangat kejam walaupun permainan bola sepak itu sangat indah. Dia mengucapkan tahniah kepada pasukan Switzerland di atas kemaraan ke pusingan suku akhir.

Pasukan Perancis merupakan pasukan pilihan bagi Euro 2020 kali ini tetapi mereka telah tersingkir sekaligus membuka ruang kepada pasukan-pasukan lain untuk menjuarai edisi kali ini.

Pogba merasakan dirinya tidak bernasib baik kerana telah di tewaskan 2 kali menerusi penentuan sepakan penalti dalam tempoh 2 bulan dengan pasukan Manchester United dan Perancis.

Pogba merupakan pemain yang paling menyerlah dalam Euro 2020 kali ini dengan persembahan yang begitu memukau membuktikan betapa bagusnya permainan yang dipamerkanya.

Rakan sepasukan Pogba di United, Luke Shaw telah membalas komen rakannya itu dengan kata-kata semangat, “Angkat kepala anda jangan rasa bersalah, anda seorang pemain yang bagus.”

Pogba akan berehat untuk tempoh beberapa minggu sebelum menyertai kem pra-musim United yang dijangka akan bermula pertengahan bulan hadapan.

Para peminat berharap ada tawaran kontrak baru yang akan diberikan kepada Pogba dan tidak mahu perkara sebaliknya berlaku iaitu tawaran lumayan untuk perpindahan Pogba keluar dari United.

Pogba telah memastikan dirinya seorang pemain berkualiti yang satu kerugian jika dilepaskan atau satu keitemewaan untuk diperolehi.

- Advertisement -