Paul Pogba berbual dengan Raphael Varane

0

Selepas sahaja United mengumumkan kejayaan membawa Varane ke United, Paul Pogba tidak menunggu lama untuk berbual bersama Varane yang juga merupakan rakan sepasukannya untuk pasukan Perancis pada kempen Euro 2020.

Varane kini tinggal melengkapkan sesi ‘medical check-up’ sebelum secara rasminya menjadi pemain Manchester United.

Pogba kini sedang bercuti di Miami telah muat naik gambar dia sedang bersembang menerusi ‘video call’ dengan Varane, dan kedua-dua pemain dilihat bergitu gembira dan mesra.

Masa depan Pogba menjadi bualan pada ketika ini. Banyak khabar angin mendakwa yang Pogba akan berhijrah ke PSG pada musim ini kerana dia mempunyai baki 1 tahun kontrak bersama pasukan United.

Jika Pogba tidak menerima tawaran baru kontrak dari United atau tiada tawaran baru kontrak untuk Pogba, United berisiko untuk kehilangan Pogba secara percuma buat kali ke-2.

Namun Solskjaer ketika ditanya mengenai Pogba baru-baru ini, kelihatan tenang menjawab persoalan dari media. Solskjaer yakin Pogba akan menjadi sebahagian daripada watak utama pasukan United pada musim baru ini.

Pogba dan Varane pernah bermain bersama sejak Piala Dunia 2018. Kini mereka berdua kini berada dalam 1 pasukan yang sama iaitu Manchester United. Dengan kehadiran Varane ke Old Trafford, keputusan Pogba untuk terus kekal di United lebih cerah dan meyakinkan. Ia pasti sukar untuknya meninggalkan United kerana rakan baru itu baru sahaja menyertainya United pada musim ini.

Pogba harus terus kekal bersama United disebabkan United kini dilihat begitu serius membawa masuk pemain-pemain berkualiti bagi mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

- Advertisement -