Patrice Evra hantar mesej kepada peminat United mengenai C.Ronaldo

0

Patrice Evra telah berjanji kepada peminat Manchester United di mana kepulangan C.Ronaldo ke United pasti akan mendapat sambutan luar biasa. C.Ronaldo telah berjaya melengkapkan perpindahan ke United semula selepas mengikat kontrak 2 tahun dengan pilihan 1 tahun tambahan.

C.Ronaldo merupakan bekas rakan sepasukan Patrice Evra pada suatu ketika dulu. Evra telah menyampaikan 2 mesej meraikan kepulangan semula C.Ronaldo selepas pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak kelab.

Mesej yang pertama berbunyi, ‘Anda telah kembali ke tempat anda seharusnya berada.’

Evra berkata, ‘C.Ronaldo adalah seorang pahlawan. Ada suatu ketika ketika kami bermain ping pong, dia telah tewas kepada Rio Ferdinand. Kemudian dia berlatih dan selepas 2 minggu dia berlawan kembali dan dia mengatasi Rio dihadapan kami semua.’

Evra juga telah menyampaikan mesej kepada para peminat United. Bekas pemain pertahan kiri Perancis ini berterima kasih kepada para peminat United dengan sambutan yang diluar jangkaan ini sejak pada hari pertama persetujuan kontrak diberitahu. Dia juga berterima kasih kepada kelab dan semua peminat dengan sambutan yang luar biasa selepas kepulangan bekas rakan sepasukannya itu ke United.

Screenshot_20210831-124554_Instagram-1024x939

C.Ronaldo telah kembali ke United selepas menakluki pelbagai trofi semasa di Real Madrid dan Juventus sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun usianya mencecah 36 tahun, C.Ronaldo seperti tidak akan berhenti bermain pada usia tersebut. Inilah perpindahan yang paling beremosi bagi semua peminat United yang jelas gembira dengan kepulangan bintang dan lagenda mereka selama ini.

- Advertisement -