Patrice Evra beri respon kehadiran Raphael Varane

0

Manchester United telah meraikan kejayaan membawa Raphael Varane ke United selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat dan perbincangan yang ditetapkan.

Perkara ini telah mendapat respon baik dari pemain pertahanan kiri lagenda United, Patrice Evra.

Dia pernah bermain dengan Varane ketika mewakili pasukan Perancis pada sebelum ini. Pemain berusia 28 tahun ini mengingatkan Evra mengenai rakan sepasukannya di United.

‘Varane mengingatkan saya mengenai Rio Ferdinand. Dia bagus dalam kawalan bola dan memenangi bola di udara. Dia mempunyai pakej yang lengkap bagi seorang pemain pertahanan. Saya masih ingat perlawanan pertama saya dengan dia ketika bermain untuk pasukan Perancis dan saya sangat kagum.’

‘Dia ketika itu masih muda tetapi mempunyai kualiti yang bagus dengan kawalan bola, sangat pantas dan mempunyai deria yang baik untuk merampas bola dari pasukan lawan. Ia sememangnya pakej yang cukup lengkap.’

‘Dia sangat tenang apabila bersama bola dan dia mampu menjaringkan gol. Ini merupakan perpindahan terbaik United pada ketika ini.’

Ramai yang tidak menyangka dengan kehadiran Varane ke United selepas Ramos meninggalkan Real Madrid agak mustahil untuk Real melepaskan Varane juga. Namun ia benar-bernar berlaku.

- Advertisement -