‘Para pemain sudah berusaha melakukan yang terbaik untuk pasukan berusaha melakukan yang terbaik untuk pasukan’ kata Solskjaer

0

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer kecewa dengan pasukannya selepas tersingkir dari Piala Carabao dalam perlawanan menentang West Ham awal pagi tadi. Gol jaringan Lanzini pada awal 10 minit permainan sudah memadai untuk memberikan kemenangan mutlak kepada pasukan pelawat.

United berusaha untuk menyamakan kedudukan namun usaha memasukkan Bruno Fernandes dan Greenwood pada 20 minit terakhir permainan tiada hasil. United telah melakukan 27 percubaan namun masih lagi tidak berjaya menyamakan kedudukan. Solskjaer sudah 3 musim tidak memenangi trofi bersama pasukan United. Solskjaer tidak menyalahkan usaha yang dilakukan oleh para pemainnya pada perlawanan tadi.

‘Mereka mendapatkan jaringan ketikas kami berjaya bermain baik untuk tempoh masa yang cukup lama. Perkara dah lepas, statistik perlawanan tidak menggambarkan apa-apa pada ketika ini. Apabila anda telah membuat 27 percubaan ia sudah cukup untuk buktikan para pemain berusaha melakukan yang terbaik untuk pasukan.’

‘Kami terus memberikan tekanan dengan kemasukan Greenwood namun masih tidak menemui jaringan gol penyamaan. Dia telah memberikan impak yang positif kepada pasukan, namun saya merasakan ia terlalu lewat. Mungkin jika saya masukkan dengan lebih awal lagi, kami akan berjaya mendapatkan gol.’

United dikatakan berhak menerima sepakan penalti selepas lingard ditarik bajunya oleh Mark Noble di dalam kotak penalti. ‘Saya tidak mahu berkata lebih tetapi kami sepatutnya menerima sepakan penalti di atas insiden tersebut. Kami mahu layak kerana ini peluang mereka untuk mendapatkan minit permainan. Namun perjalanan musim ini masih jauh. kami harus meneruskan perjalanan ini. Saya tidak boleh salahkan mereka disebabkan sikap mereka ketika perlawanan. Kami harus fokus kepada perlawanan seterusnya.’

- Advertisement -