Para pemain United beri sokongan positif kepada Bruno

0

Jika kita mengetahui sejarah hitam apabila bercerita mengenai sepakan penalti, pasti orang yang menjadi tumpuan pada sebelum ini adalah David de Gea. Dia gagal menyelamatkan 11 tendangan penalti dan penalti yang di ambilnya untuk sepakan ke-11 gagal disempurnakan. United gagal merangkul kejuaraan Piala Europa pada perlawanan akhri tersebut.

Kisah tersebut kini menghantui Bruno Fernandes selepas dia gagal menyempurnakan sepakan penalti di minit terakhir United sekaligus United tewas 0-1 kepada Aston Villa. Selepas tamat perlawanan, De Gea telah memberikan kata-kata semangat kepada Bruno di media sosialnya. De Gea berkata, ‘Dia akan sentiasa berada dalam pasukan saya.’

Image-from-iOS-33-576x1024

De Gea ketika ditemubual oleh MUTV berkata,’Dia merupakan seorang pemain yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Dia sentiasa akan memikul tugas berkenaan. Kami percayakan dia. Namun itu merupakan sepakan yang tidak bagus buat dirinya. Perkara sebegini kadang-kadang akan berlaku kepada semua pemain terbaik.’

Rakan sepasukan yang lain, Juan Mata juga tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata sokongan kepada Bruno selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Ia merupakan peluang terbaik United untuk menyamakan kedudukan kepada 1-1 dalam perlawanan tersebut. Mata berkata, ‘Kami akan sentiasa berada bersama anda.’

Image-from-iOS-34-576x1024

Bruno mempunyai mentaliti yang sangat kuat dalam menghadapi dugaan ini, namun semangat dan kata-kata sokongan daripada rakan sepasukan pasti akan memberi moral positif kepada dirinya untuk perlawanan seterusnya. Bruno telah memakai lilitan ketua pasukan selepas Harry Maguire dikeluarkan kerana kecederaan.

- Advertisement -