Dibawah bimbingan Erik Ten Hag walapun United bermula dengan bencana pada dua perlawanan awal, tetapi respon yang baik selepas itu.
Memberikan respon yang betul bermula perlawanan ketiga berdepan Liverpool. Kini United berada dilandasan tepat bersama bimbingan Ten Hag.
Ini juga tidak dinafikan oleh bekas pemain tengah United Owen Hargreaves. Dia menyifatkan pemain dan jurulatih Ten Hag menjadikan Manchester United ketika ini jauh lebih baik berbanding musim lepas.
Ia bukan saja dalam pencapaian keputusan tetapi juga corak permainan.
“Erik ten Hag telah menjadikan Manchester United memenangi perlawanan yang mereka tidak akan menangi musim lalu.”
“Mereka berada dalam kedudukan yang hebat, pertahanan mereka jauh lebih baik. Mereka akan gembira.”
Selain itu Martinez menambah bahawa pemain pertahanan United Lisandro Martinez menjadi pemain penting dibarisan belakang..
Kehadiran nya menaikkan tahap permainan United lebih solid lebih tersusun dan semangat lawan yang tinggi..
“Lisandro Martinez adalah pemain utama di belakang”
Hargreaves juga menambah, sudah pasti nama De Gea juga memainkan peranan besar dibelakang. Semua mengetahui bahawa De Gea boleh lakukan apa yang dia telah buktikan sebelum ini
Sebuah penyelamatan yang epik mampu membawa pasukan berada diambang kemenangan kerana kecekapannya menyelamatkan gawang
“Kemudian kita semua tahu apa yang David de Gea boleh lakukan, dia melakukan penyelamatan besar dalam momen-momen besar.
“Itulah yang terbaik daripadanya. Dia secara konsisten menjadi pemain terbaik United sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”
United akan ke Spain pertengahan minggu untuk menentang Real Sociedad dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan
Selepas itu United berdepan Aston Villa dalam perlawanan kempen EPL dan misi mencari kemenangan untuk meneruskan momentum pasukan