Buletin Manchester United

Ousmane-Dembele-akan-kekal-di-Barcelona

Ousmane Dembele akan kekal di Barcelona

Barcelona dilaporkan akan menawarkan kontrak baru kepada Dembele selepas Dembele telah mempamerkan aksi yang bagus pada musim ini. Pemain antarabangsa Perancis itu telah menjalai karier yang sukar sejak melengkapkan perpindahan £108 juta dari Borussia Dortmund pada 2017.

Disebabkan prestasi yang tidak bagus, masalah disiplin dan kecederaan yang berpanjangan, kariernya di Barcelona dilihat akan berakhir terutama selepas dia hanya mampu membuat 5 penampilan bersama pasukan senior pada musim lepas.

Barcelona hampir melepaskannya Dembele kepada United pada musim lepas tetapi United belum bersedia menanggung risiko di atas kekerapan kecederaan yang sering menimpa  pemain tersebut.

Tetapi pada musim ini, Ronald Koeman dilihat berjaya mengubah segala-galanya. Karier Dembele kembali menyinar selepas dia berjaya menjaringkan 8 gol dalam 30 penampilan pada musim ini. Itu pun, ada sumber mengatakan, Barcelona dalam dilema untuk menawarkan kontrak baru kepada Dembele yang akan menamatkan kontraknya pada 2022. Jika tiada tawaran baru di berikan, Barcelona perlu menjualnya untuk mengelakkan Dembele dilepaskan secara percuma.

Namun, Presiden baru Barcelona, Joan Laporte merupakan peminat no 1 Dembele. ‘Saya merupakan peminat utama Ousmane Dembele. Dia mempunya kualiti sebagai pemain yang bagus disamping kekuatan mental yang tidak di nafikan selepas ape yang berlaku kepada karienya sepanjang bersama Barca.’