Omari Forson Mempunyai Masa Depan Yang Cerah di United

0

Pemain muda England berumur 17 tahun, Omari Forson telah menandatangani kontrak baru bersama Manchester United. Menurut laporan The Mail, Arsenal juga telah berusaha mendapatkan pemain muda ini pada musim lepas tetapi tidak berjaya.

Forson merupakan seorang pemain penyerang tengah yang begitu berbakat dan mempunyai kualiti yang tinggi. Dia telah berusaha sebaik mungkin untuk bermain bersama skuad bawah 18 tahun United.

Pada musim lepas Omari Forson telah menjaringkan 5 gol dan membuat 5 bantuan gol dalam 13 penampilan bersama skuad bawah 18 tahun.

Impak yang paling besar dalam kariernya setakat ini ialah membuat penampilan dalam skuad bawah 23 tahun menentang Derby County. Dia menjadi pemain gantian dan telah menunjukkan satu permainan yang menakjubkan.

Gandingan Forson bermain bersama-sama Shola Shoretire, Anthony Elanga dan juga Hannibal Mejbri memberikan impak positif dalam permainan tersebut dan menjadi pemain terbaik perlawanan itu.

Pemain muda ini telah menjaringkan 1 gol dan membuat 2 bantuan gol dalam perlawanan ini yang berakhir dengan kemenangan 6-2.

Cara Forson melakukan hantaran ke depan dengan adanya sentuhan yang menarik serta pandai membuat keputusan telah menunjukkan yang dia merupakan pemain harapan United di masa hadapan. Para jurulatih akan memastikan yang dia akan ke tempat dalam skuad utama tidak lama lagi.

Pada musim ini, Forson akan berada dalam skuad bawah 23 tahun dan bersedia diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Omari Forson telah memulakan musim baru ini dengan begitu baik setelah dia kini berlatih dan bermain bersama skuad bawah 23 tahun United.

Forson telah menjaringkan 1 gol jarak jauh ketika menentang Hibernian menentang skuad bawah 23 tahun United. Ketika menentang Kidderminster, dia juga telah menjaringkan 1 gol pada hari jumaat lepas.

Dengan prestasi yang baik ini, Forson akan terus bersama skuad bawah 23 tahun dan seterusnya boleh diterima berlatih bersama pasukan senior United jika menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Shola Shoretire yang ketika ini berumur 17 tahun telah bersama skuad utama United pada musim lepas. Sekiranya Omari Forson dapat menampilan prestasi yang terbaik dan sentiasa ‘on form’, tidak mustahil dia pun boleh bersama skuad utama United.

- Advertisement -