Buletin Manchester United

Ole-mempertahankan-De-Gea

Ole mempertahankan De Gea

Ole Gunnar Solskjaer telah mempertahankan penjaga gol no 1 mereka selepas De Gea melakukan kesilapan yang membolehkan United terlepas 3 mata berharga ketika menentang Everton. United telah mendahului 2 kali dalam perlawanan tersebut tetapi pasukan Everton juga berjaya 2 kali menyamakan kedudukan.

De gea yang dikatakan telah menolak bola ke arah Doucoure yang membolehkan pasukan Everton menjaringkan gol pertama mereka. Kemudian penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu hanya berdiri menghalang sentuhan daripada Calvert pada minit terakhir perlawanan. Neville berkata De Gea seharusnya berani merempuh masuk untuk mendapatkan bola berkenaan.

Tetapi Solskjaer dengan tenang tidak menyalahkan penjaga gol utama United itu adalah punca kepada keputusan United yang seri 3-3 dengan Everton. Solskjaer berkata, Saya tidak akan menyalahkan sesiapa mengenai gol-gol yang kami lepaskan. Kami tahu kami harus melakukan aksi bertahan yang lebih bagus dari pada yang anda lihat pada hari itu. Kami bermain dengan baik, mencipta peluang dan mengawal permainan secara keseluruhan. Tetapi 3 percubaan untuk 3 gol adalah sangat mengecewakan.’

‘Kami dapat mendahului 3-2 selepas Everton menyamakan kedudukan kepada 2-2. Dan ia satu semangat yang bagus. Kami ada peluang untuk gol ke-4 tetapi gagal disempurnakan dengan baik. De Gea telah melakukan kesilapan apabila bertemu dengan pasukan Everton sejak Ogos 2019. Bekas pemain Atletico Madrid ini berada di kedudukan ke-3 di belakang Jordan Pickford dan Martin Dubravka dalam senarai penjaga gol yang melakukan kesilapan.