Buletin Manchester United

6F1A1B77-233A-48B3-AABB-5ED91B4CBFA6

Norwich City siap lepaskan Max Aarons kepada United

Berita baik untuk Manchester United apabila Pertahanan sasaran mereka, Max Aarons kemungkinan akan dijual oleh Norwich City pada musim panas ini.

Manchester United dipercayai akan membeli beberapa pemain pada musim panas.Ole Gunnar Solskjaer ingin memperkuat beberapa sektor untuk meningkatkan lagi kualiti dalaman skuadnya dan posisi pertahanan kanan merupakan salah satu sasaran pengurus dari Norway itu.

Menurut sumber Skysport,Solskjaer dikatakan

mahu mencari pesaing untuk Aaron Wan-Bissaka di posisi kanan pertahanan United.Salah satu pemain yang memasuki radar The Red Devils adalah pemain pertahanan Norwich City, Max Aarons.

Sky Sports mendedahkan bahawa United boleh membawa masuk Aaron dengan syarat United harus mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan itu, Norwich City telah memutuskan untuk menjual Aarons pada musim panas ini.

Dengan tahap kewangan yang semakin parah telah membuatkan mereka sedar bahawa ketika ini mereka  harus menjual Aarons yang dikejar oleh pasukan sebesar United.

Pemain pertahanan tersebut dilaporkan akan dijual dengan harga £35juta pound Kerana dia dianggap mempunyai bakat luar yang biasa dan juga di samping itu ia masih mempunyai baki kontrak yang panjang di Carrow Road, jadi Norwich berpendapat bahawa angka £ 35 juta itu sesuai untuk pemain pertahanan muda itu.