No 7 bukan milik Sancho

0

Ia bukanlah kesalahan kepada pemain, tetapi kegembiraan peminat United di atas kehadiran Jadon Sancho masih menjadi tanda tanya bila waktunya. United dilihat masih memerlukan masa bertenang bagi melengkapkan segala dokumen sebelum mengumumkan kehadiran Sancho ke United.

Walaupun perjanjian persetujuan diumumkan pada 1 Julai dan pada 13 Julai ‘medical checkup’ telah dilakukan, sehingga 22 Julai masih belum ada pengumuman rasmi dibuat oleh United.

Dan persoalan utama adalah adakah Sancho akan menyarung jersi no 7 United pada musim ini yang digunakan Edinson Cavani pada musim lepas.

Pada awal minggu ini, ada sebuah kedai Pro Direct Soccer telah menjual jersi baru ‘Home’ United dengan Sancho beserta no 7 di belakang baju. yang peliknya lagi, kedai tersebut juga telah menjual jersi Cavani yang menggunakan no 7 juga. Ia telah menimbulkan keraguan kepada peminat.

Namun kedai tersebut telah menutup tempahan secara online baju nama Sancho dengan jersi no 7 dan sebarang belian secara online tidak boleh dilakukan selepas itu.

Dengan no 7 dimiliki Cavani pada ketika ini, United perlu mencari no jersi alternatif lain kepada Sancho. No 22 Sergio Romero telah diambil oelh Tom Heaton. Berkemungkinan no 14 milik Jesse Lingard akan ditinggalkan jika perpindahan Lingard berlaku. No yang boleh dipakai ketika ini adalah 12 milik Smalling, 16 Marcos Rojo, 24 Fosu-Mensah dan 25 Ighalo.

Menurut penulisan Andy Mitten, Sancho mungkin akan dipakaikan no 16 untuk musim baru ini.

No tersebut merupakan no lagenda Roy Keane dan Michael Carrick. No berkenaan tidaklah begitu dikenali kerana peranan kedua-dua pemain ini lebih kepada di kawasan tengah dan pertahanan. No ini tidak memberi impak yang lebih menyinar dalam persembahan United.

Namun berkemungkinan no Sancho itu adalah sementara kerana Cavani akan bermain untuk tahun terakhir bagi United. 1 musim untuk menunggu no 7 tersebut tidak lah terlalu menyakitkan.

Edinson Cavani telah memecahkan ‘curse’ jersi no 7 yang digunakan pakai oleh pemain-pemain selepas era Cristiano Ronaldo. Cavani telah menjaringkan 17 gol dalam semua kejohana yang disertainya dan perkara itu membuatkan dia harus mengekalkan no jersi berkenaan.

Penukaran no jersi pasti akan menimbulkan isu kepada pelbagai pihak. Pihak media pasti akan mereka cerita bagi melaga-lagakan keharmonian di dalam pasukan. Ini akan memberikan keadaan negatif kepada United pada permulaan musim ini.

Untuk Sancho jersi no 16 pasti tidak akan memberikan bebanan yang besar buat pemain muda ini. No 16 akan membuatkan dia lebih tenang dalam memainkan peranan di dalam padang. Perpindahan ke United pasti akan memberikan dia tekanan yang tinggi disampin harapan para peminat yang mengharapkan sesuatu yang magis daripada dia.

Kegagalan sepakan penalti merupakan kritikan yang tidak adail kepada Sancho dan mengambil no 7 milik Cavani pasti akan menambahkan lagi isu kepada pemain baru ini. United pasti dalam proses meredakan keadaan dalam situasi semasa bagi mengekalkan keharmonian pasukan pada awal musim 2021/2022

- Advertisement -