Nilai Jules Kounde terlalu tinggi

0

Manchester United dikatakan sedang memburu pemain pertahanan tengah yang baru pada penghujung musim ini. Pertahanan United dikatakan gagal mempamerkan aksi yang konsisten sepanjang kempen Liga Perdana Inggeris. United pada sebelum ini sudah terlepas untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Dayot Upamecano. Dayot telah melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich selepas dikatakan Bayer lebih serius untuk mendapatkan pemain pertahanan RB Leipzing itu.

United kemudian beralih arah kepada pemain pertahanan tengah Sevilla, Jules Kounde. Namun dikatakan perbicangan di antara 2 pihak ini tidak berjalan dengan baik selepas Sevilla meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk pasukan United. United perlu membelanjakan 80 juta euro untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah Perancis ini. Oleh yang demikian, keinginan untuk United meneruskan pemburuan pemain muda ini dikatakan semakin pudar.

United tidak bersedia untuk membelanjakan duit sebanyak itu untuk pemain yang baru berusia 22 tahun. United dikatakan masih lagi mencuba untuk menawarkan harga yang selayaknya bagi pemain muda tersebut. Perbincangan harga pasti menjadi topik utama bagi persetujuan kedua pasukan ini sambil berharap Sevilla bersedia untuk menurunkan nilai harga pemain tersebut. Jika pemburuan Kounde gagal, ada kemungkinan United akan beralih arah untuk mendapatkan Ibrahima Konate atau Ben White sebagai pilihan lain bagi memantapkan pertahanan United pada musim hadapan.

- Advertisement -