Nilai 50 juta pound, peminat masih mengharapkan sesuatu daripada Fred selepas 3 tahun bersama United

0

Semalam merupakan tahun ke-3 bagi Fred di United sejak berhijrah dari Shaktar Donetsk.

Fred hadir ke United dengan perpindahan bernilai 47 juta pound. Dia di bawa masuk oleh Jose Mourinho.

Perkara yang Positif

Fred telah berjaya mendapatkan rentak permainannya selepas bermula dengan agak goyah pada musim pertama bersama United. Dia kini sentiasa berjaya mendapat nama dalam kesebelasan utama Solskjaer dibahagian tengah United.

Solskjaer telah menampakkan dan memulihkan tenaga dan semangat dalam dirinya selepas kariernya yang suram ketika bersama Jose Mourinho. Fred juga kini menjadi watak utama pemain tengah bagi pasukan Brazil.

Apa perkara yang paling utama kita boleh lihat adalah Fred akan bermain dengan bersungguh-sungguh dan berikan yang terbaik dalam perlawanan. Dia sentiasa ingin mendapat dan memenangi bola.

United pada sebelum ini mempunyai pemain-pemain yang berbakat ketika era Ferguson. Namun tiada seorang pun daripada mereka itu mempunyai semangat juang dengan cara permainan ‘pressing’ seperti yang dilakukan Fred pada ketika ini.

Dia juga mempunyai kekuatan mental dan semangat juang yang kuat sehinggakan dia menjadi nadi utama pasukan United bagi pasukan Solskajer pada waktu ini.

Perkara yang Negatif

Pemain tengah United menjadi bualan peminat bola sepak pada ketika ini. Mereka mencadangkan Solskjaer untuk membawa masuk pemain baru di bahagian tengah yang merupakan nadi jentera sesebuah pasukan.

Jika United membawa masuk seorang pemain ‘defensive midfielder’ yang baru, kedudukan Fred sebagai pemain tengah akan menjadi risiko.

Fred ada kemungkinan akan dipinggirkan sebagai pemain simpanan. Dia seorang yang profesional dan dia mampu melaksanakan tugas dengan baik tetapi dia bukanlah pemain yang menjadi watak utama dalam pasukan United untuk melakukan gerakan dalam menghasilkan gol.

Apabila Fred di bawa masuk oleh Jose Mourinho,”Fred akan melengkapkan teka teki dibahagian tengah United dengan kualiti yang dia miliki. Dia mempunyai ‘vision yang kreatif’ dan hantaran yang bagus dan itu akan membawa kamike dimensi permainan yang lebih baik.”

3 tahun sudah berlalu, kita masih lagi belum melihat kreatif ‘vision’ yang dimaksudkan oleh Jose itu. Dia hanya mencipta 2 ‘assist’ dalam 48 perlawnan pad amusim lepas dan kedua-dua itu dalam kejohanan Piala Europa.

Fred mempunyai kualiti dari segi ‘pressing, tackling’ dan membantu bahagian pertahanan dengan bagus sekali tepai dia tidak mempunyai hantaran yang ‘vision’ yang cukup bagus. Hantaran kehadapannya sering dibaca oleh pihak lawan atau sangkut. Dia lebih sesuai untuk permainan ‘possession’.

Tetapi dengan nilai 50 juta pound, peminat masih mengharapkan sesuatu daripada Fred. Peminat mahukan dia menjadi pemain ‘all-round midfielder’ seperti yang dia lakukan ketika mewakili Brazil.

Apa yang diperkatakan Jose pada sebelum ini nampak gaya tidak seperti yang diharapkan. Namun kredit kepada Solskjaer kerana berjaya menghidupkan kariernya kembali pada waktu ini.

- Advertisement -