Buletin Manchester United

Nikola-Milenkovic-mirip-Nemanja-Vidic

Nikola Milenkovic mirip Nemanja Vidic

Manchester United sedang mencari seorang pemain pertahanan tengah yang baru. Nama baru yang menjadi buruan United adalah pemain pertahanan Fiorentina, Nikola Milenkovic. Pada musim ini barisan pertahanan United telah mempamerkan aksi yang mengecewakan. Gandingan Harry Maguire dan Victor Lindelof kerap dibolosi dengan gol-gol mudah dan akibatnya United kini telah melepaskan 31 gol dalam 24 perlawanan.

Menurut laporan akhbar Itali, United sudah lama mengintai pemain muda dan berbakat ini. Nikola Milenkovic merupakan pemain pertahanan berasal dari Serbia baru berusia 23 tahun. Dia merupakan pemain pertahananan utama Fiorentina dan telah membuat 20 penampilan pada musim ini utuk Serie A. Berikut adalah statistik pemain ini pada musim 20/21

  • 81 ‘Balls recovered’
  • 33 ‘Tackles’
  • 20 ‘Blocks’
  • 64 ‘Clearances’
  • 32 ‘Fouls committed’
  • 9 ‘Fouls sustained’
  • 1110 ‘Passes’
  • 992 ‘Short pass’
  • 118 ‘Long pass’
  • 87% ‘Pass accuracy’

Pemain ini mempunyai gaya permainan agersif seperti lagenda pertahanan United Nemanja Vidic. Laporan itu juga menyatakan United berpeluang cerah untuk mendapatkan pemain muda tersebut. Nikola dikatakan ingin meninggalkan Fiorentina kerana ingin mendapatkan cabaran baru untuk kariernya.

Ada juga khabar yang memberitahu dia ingin berhijrah ke Liga Perdana Inggeris. Mungkin disebabkan itu nama United disebut-sebut sebagai destinasinya. United tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini kerana anggaran nilai bagi pemain ini adalah sekitar 35 juta euro.