Newcastle pasti akan bertahan ketika berhadapan dengan United. Wan Bissaka atau Dalot pilihan anda?

0

Peminat-peminat United pasti tidak sabar untuk melihat 2 pemain yang berasal dari Portugal bermain pada perlawanan menentang Newcastle pada Sabtu ini. Adakah kemungkinkan 3 pemain Portugal akan membarisi kesebelasan utama United nanti?

Diogo Dalot telah masuk sebagai pemain gantian untuk membuat penampilan pertamanya sejak Februari 2020 ketika United menang ke atas Wolves 1-0 di Stadium Molineux. Pemain berusia 22 tahun ini berharap mendapat kesebelasan utama United untuk pertama kalinya dalam waktu terdekat ini.

Pada bulan ini, United akan memulakan pemburuan trofi untuk Piala Juara-Juara Eropah dan Piala Carabao. Ole Gunnar Solskjaer dijangka perlu membuat pemilihan pemain yang sebijaknya bagi mengimbangi keadaan pasukan sedia ada sekarang. United akan menentang Newcastle pada Sabtu ini.

Newcastle pasti akan mempamerkan corak permainan bertahan dalam perlawanan ini. Dijangka pendekatan tersebut adalah berlainan ketika menentang Leeds. Pengurus pasukan Newcastle, Steve Bruce pasti tidak akan membenarkan United melakukan serangan balas dalam perlawanan tersebut kerana United merupakan pasukan yang merbahaya dalam melakukan serangan balas untuk mendapatkan gol.

Bruce pasti mahu anak-anak buahnya duduk bertahan di hadapan gol sambil membuatkan United rasa kecewa dan geram dalam usaha untuk menjaringkan gol. United dijangka akan mempunyai kawalan bola yang lebih dominan dalam perlawanan ini.

Wan-Bissaka merupakan seorang pemain yang sangat cemerlang ketika bertahan berbanding dengan Dalot. Pemain berjersi no 29 ini gemar melakukan ‘sliding tackle’ dan kerap memenangi bola dalam situasi 1 lawan 1. Namun berbanding dengan Dalot, dia gembar maju ke hadapan disamping mencipta peluang kepada rakan sepasukan di kawasan kotak penalti lawan. Wan-Bissaka boleh membantu bahagian serangan United namun ia tidak seperti yang kita gambarkan. Cavani atau CR7 pasti menunggu hantaran lintang yang sekali sekala akan dilakukan oleh pemain pertahanan kiri atau kanan United dan Dalot adalah calon utama dalam keadaan ini.

Namun dalam masa yang sama Solskjaer juga risau akan serangan balas yang mampu dilakukan oleh gandingan Callum Wilson dan Saint-Maximin. Maximin mempunyai kelajuan yang sangat baik serta seorang pemain yang ‘skillfull’. Dia mampu mengucar-kacirkan pertahanan United terutama di sebelan kiri United. Luke Shaw kerap berada di atas membantu bahagian serangan United di sebelah kiri. Dengan itu, Bissaka diperlukan untuk membantu Maguire dan Varane ketika posisi bertahan. Dalot pasti sukar memainkan peranan seperti ini kecuali United bermain dengan 3 pertahanan.

Walaupun Dalot mungkin tidak berada dalam kesebelasan utama dalam perlawanan ini, dia masih lagi mempunyai peluang untuk bermain dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

- Advertisement -