Nemanja Vidic puji Harry Maguire

0

Harry Maguire pemain pertahanan Man United kini semakin membara semangatnya selepas membantu pasukan England menewaskan Denmark 2-1 pada perlawanan separuh akhir di Wembley.

Pasukan England telah melepaskan gol pertama dalam Euro 2020 menerusi sepakan percuma cantik dari Mikkel Damsgaard. Pada sebelum ini dia telah bermain 3 perlawanan dan berjaya mengekalkan ‘cleen sheet’.

Perkara ini telah menarik perhatian bekas pemain pertahanan United, Nemanja Vidic. Vidic berpendapat, Maguire dilihat begitu yakin ketika bermain untuk negaranya dibandingkan dengan kelab. Vidic turut memuji cara permainan yang dipamerkan oleh Maguire sepanjang kempen Euro 2020 ini.

“Pasukan England sering kali ‘build up’ permainan bermula daripada barisan pertahanan. Mereka tidak mengharapkan individu tertentu untuk melakukan perkara tersebut. Walaupun pertahanan England bukanlah yang terbaik di dunia tetapi setiap pemain di posisi pertahanan mereka dilihat begitu seimbang dan mempunyai kualiti kawalan bola yang baik.”

“Harry Maguire juga dilihat begitu yakin dan selesa bermain dengan England jika dibandingkan dengan United. Dia seorang pemain pertahanan yang sedang meningkat naik prestasinya. Jika England menang Euro 2020 kali ini, pasti dia akan lebih dikenali dan berada diprestasi terbaik kariernya.”

“Apa bila saya melihat kepada Maguire, saya melihat dia mempuyai pakej yang lengkap sebagai seorang pemain pertahanan, 8/10. Dia sangat baik dalam kawalan bola tetapi tidak sepantas Rio Ferdinand atau seseorang yang melakukan ‘tackle’ atau memenangi bola diudara seperti saya lakukan.”

“Tetapi dia mempunyai kualiti membaca permainan. Itu sudah cukup untuk membolehkan dia berada dikedudukan terbaik ketika bertahan, melompat atau ‘intercept’ bola. Saya sangat kagum dengan perkara itu.”

Vidic juga memuji rakan sepasukannya Luke Shaw. “Dia telah mengalami kecederaan yang serius pada sebelum ini namun dia berjaya mejadi pemain terbaik United pada musim lepas.”

“Kita semua tahu Shaw merupakan seorang pemain ‘full-back’ yang berbahaya yang kerap membantu bahagian sayap. Dia telah melakukan tugas yang baik ketika bertahan. Kedudukan dia terutama ketika England bermain 3 pertahanan sangat bagus.”

- Advertisement -