Nasihat Scholes: Mainkan Greenwood sebagai Penyerang Tengah United

0 4

Pemain tengah legenda Manchester United Paul Scholes memberi nasihat kepada Ole Gunnar Solskjaer yang dia menganggap Mason Greenwood merupakan solusi yang palin sesuai pada masa ini untuk bermain sebagai penyerang tengah Man United.

Sejak membuat penampilan bersama pasukan senior Manchester United, Greenwood memang pernah bermain di beberapa posisi. Namun, dia paling kerap dimainkan di sebelah kanan bahagian serangan United. Ketika menentang Granada, Solskjaer mengalihkan kedudukan Greenwood untuk menjadi penyerang tengah. Tetapi penyerang itu gagal memberikan impak besar dalam perlawanan itu.

Walau bagaimanapun, Scholes percaya bahawa Solskjaer mesti terus memainkan Greenwood sebagai penyerang tengah. “Dia [Greenwood] adalah pemain yang cemerlang dan sangat muda, jadi pada masa ini dia masih tidak konsisten,” kata Scholes kepada BT Sports.

Menurut Scholes lagi, Greenwood dilihat kurang selesa ketika bermain sebagai penyerang sayap kanan. Dia mahu Solskjaer menurunkan pemain muda itu lebih kerap sebagai posisi nombor sembilan dalam pasukan.

“Pada masa ini penyerang United kelihatan buntu mengenai possisi asal mereka. Mereka tidak tahu apakah mereka pemain sayap atau penyerang nombor sembilan,”

“Banyak yang mengatakan bahawa pemuda ini [Greenwood] adalah penyerang tengah yang paling sesuai dan saya rasa dia mempunyai penyudah yang sangat baik. Tetapi jika dia bermain di sayap, dia tidak mendapat banyak peluang dan itu akan menjadi masalah.”

Scholes berpendapat Greenwood mempunyai banyak perkara penting yang perlu dilakukan dalam beberapa minggu akan datang. Dia menganggap penyerang muda ini harus bekerja keras untuk meyakinkan Solskjaer bahawa dia layak menjadi penyerang No. 9 Manchester United.

“Dalam beberapa perlawanan berikutnya dia mungkin akan diberi kesempatan lain untuk bermain di posisi ini, dan dia harus berjuang untuk posisi ini,” katanya. Rekod gol Greenwood musim ini tidak sebaik musim lalu. Dia hanya membuat enam gol dan lima assist dari 41 penampilan untuk United.