Berita Terkini

Nama Paul Pogba ada dinyatakan dalam kontrak Bruno Fernandes

Bruno-Fernandes-dan-Paul-Pogba

Menurut The Sun, Bruno Fernandes dilaporkan hanya ingin menyambung kontrak bersama United sekiranya Paul Pogba juga melakukan hal yang sama.

Kontrak Paul Pogba di United akan berakhir pada akhir musim depan. Sekiranya Pogba tidak menandatangani kontrak baru, The Red Devils berkemungkinan akan menjualnya pada musim panas ini sekiranya mereka tidak mahu kehilangan pemain tersebut secara percuma tahun depan sekaligus tidak mengulangi kesilapan lalu.

Sudah tentu Manchester United masih mahu mengekalkan pemain antarabangsa Perancis itu. Lebih-lebih lagi, pada ketika ini Pogba telah mempamerkan peranan yang penting pada musim ini, di bawah kepimpinan Ole Gunnar Solskjaer.

Dilaporkan bahawa Bruno Fernandes terus memantau keadaan Paul Pogba. Pada masa yang sama, United bersedia menawarkan kontrak baru kepada Bruno yang bernilai 200 ribu pound seminggu sebagai penghargaan di atas prestasi cemerlangnya sejak datang ke Old Trafford.

Menurut The Sun, Bruno Fernandes akan meminta jaminan masa depannya dengan meletakkan Paul Pogba sebagai syarat untuk perjanjian kontrak baru itu. Sejak kebelakangan ini, kedua-dua pemain tersebut telah menjadi gandingan yang bagus ketika beraksi di atas padang. Fernandes nampaknya berpendapat bahawa kehadiran Pogba sangat diperlukan oleh Manchester United untuk mengejar gelaran Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam wawancara media baru-baru ini, Bruno Fernandes mendakwa Paul Pogba telah membantunya membawa permainannya ke tahap yang lebih bagus ketika di Manchester United. Dia juga berjanji bahawa dia dan Pogba masih banyak perkara yang mampu meraka pamerkan.

Kedua-duanya bermula bersama dalam lima perlawanan terakhir Manchester United. Semua lima perlawanan berakhir tersebut berakhir dengan kemenangan untuk The Red Devils. Pogba juga dalam keadaan terbaik sejak kembali daripada kecederaan.

Pogba cenderung dibebaskan daripada tanggungjawab membantu barisan pertahanan. Dia kerap bermain dibahagian sayap kiri dan sering bergerak kehadapan untuk membantu bahagian serangan. Ini bermaksud bahawa pemain Perancis itu telah bermain lebih dekat dengan Fernandes, dan perkara ini menajdikan kombinasi mereka akan menyebabkan masalah kepada pertahanan lawan.

Sebelum ini, sebahagian besar tanggungjawab untuk kreativiti di bahagian serangan terletak di bahu Fernandes. Kini, kehadiran Pogba membuat lawan menjadi lebih pening, kerana mereka harus menjaga dua pemain berbahaya ini secara serentak.

Bruno Fernandes percaya bahawa dia boleh memberikan ancaman yang lebih besar kepada pihak lawan ketika dia bermain dengan Paul Pogba dengan lebih kerap. “Hubungan saya dengan Paul bermula sejak awal, kerana saya pernah bertemu Paul di Itali. Saya sudah banyak mengenalnya, tentu saja, kami mempunyai hubungan yang baik,” kata Bruno Fernandes dalam sesi tanya jawab dengan peminat Manchester United, sebagai dilaporkan oleh Manchester Evening News.

“Saya rasa, di atas padang, persembahan terbaik dari kami berdua sentiasa akan berlaku. Kami boleh melakukan kerjasama yang lebih baik. Saya juga rasa perkembangnan ini sedang berjalan dengan lancar pada waktu ini kerana pasukan lawan pasti bimbang tentang siapa yang mereka mungkin perlu beri perhatian. Kami mempunyai Paul Pogba dan saya di tempat yang sama, poket yang sama. ”

“Kadang-kadang sukar bagi pemain untuk menentukan siapa yang harus diberi perhatian dan siapa yang harus diberi kebebasan, dan itu bagus untuk pasukan. Itulah yang terbaik bagi kami kerana kami tahu kami dapat membantu pasukan dengan bermain bersama,” tambah Bruno Fernandes.

Menurut Fernandes, ketika bermain dengan Pogba, pasukan United telah mempamerkan persembahan yang terbaiknya. “Bagi saya, bermain dengan Paul adalah bermain dengan salah satu pemain terbaik di dunia. Jadi apa yang terbaik dalam diri saya muncul dan sangat membantu saya mempunyai kualiti seperti itu,” tambah Fernandes.

Lain-Lain Artikel