Buletin Manchester United

Mutu-persembahan-Man-United-ketika-ini-amat-membimbangkan

Mutu persembahan Man United ketika ini amat membimbangkan

Ole Gunnar Solskjaer mengakui yang dia risau dengan keadaan pasukan Man United pada ketika ini terutamanya pemain di barisan hadapan. Mereka gagal menjaringkan gol dan dilihat berada dalam prestasi yang membimbangkan selepas United hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan Crystal Palace awal pagi tadi.

Bekas pemain lagenda United, Gary Neville telah memberitahu bahawa pasukan dibawah bimbangan Solskjaer pada ketika ini telah memperagakan aksi yang longlai dan membosankan. United sekali lagi terlepas perluang untuk menjarakkan mata dengan pasukan ditangga ke-3 Leicester City. Keputusan seri ini telah memberi peluang kepada pasukan di tangga ke-3 hingga ke-6 untuk bersaing pada kedudukan 4 teratas liga.

Solskjaer dalam sidang media memberitahu,’Saya tahu para pemain telah memberikan persembahan yang terbaik meraka pada ketika ini. Tetapi mereka perlu risau dengan keadaan sekarang. Mereka tidak berjaya mencipta sebarang jaringan sejak kebelakangan ini. Kami bermain selang 3 hari dan sikap yang ditunjukkan oleh para pemain serta cara permainan mereka amat menyenangkan saya. Tetapi, mereka perlu mendapatkan kembali kualiti yang pernah mereka ada dan saya tahu mereka mampu mengulangi kejayaan yang kami pernah lakukan pada bulan 1 lepas.’

‘Kami tidak mempamerkan kualiti sebenar dalam membuat hantaran-hantaran mudah di antara para pemain. Kami memulakan permainan dengan perlahan dan ia tidak bagus kerana sekaligus telah memberi peluang kepada pasukan tuan rumah keyakinan untuk beraksi dengan lebih baik. Pada selepas itu, kami berjaya dengan kualiti dan tempoh yang yang bagus cuma kami tidak berjaya memberikan tekanan kepada pertahanan dan penjaga gol pasukan Crystal Palace.’

Dalam pada itu, Neville memberitahu,’United bermain dengan tidak bagus pada separuh masa kedua jika dibandingkan pada separuh masa pertama. Mereka akan bertandang ke Etihad pada hari Ahad nanti. Ia amat merisaukan saya dan pasti para pemain berada di dalam tekanan. Mereka dilihat begitu selesa pada kedudukan sekarang dan jurang semakin jauh dengan pendahulu liga ketika ini.’

‘Mereka tidak bersemangat untuk mendapatkan 3 mata berharga. Mereka merasakan tempat ke-2 sangat bagus untuk mereka. Dan apabila mereka tewas di Ehtihad nanti. Mungkin baru mereka akan sedar betapa pentingnya 3 mata bagi perlawanan-perlawanan sebelum ini. Adakah mereka rela ditewaskan di Etihad nanti? Anda boleh menang, kalah atau seri dalam sesuatu perlawanan. Tetapi anda tidak boleh mempamerkan permainan yang membosankan.’