Mourinho Beri Buah Tangan

0

Jose Mourinho tetap akan menjadi Jose Mourinho. Dikenali dengan sikap dan komen yang pedas, pengurus As Roma dari Portugal ini sekali lagi memberikan komen yang hangat.

Melalui satu temubual secara virtual zoom bersama The Sun yang di hoskan oleh James Garden dalam siri ‘The Late, Late Show’ beliau menyatakan beberapa perkara terpendam.

Bekas pengurus Man United, Chelsea, Real Madrid, Porto dan Spurs ini mengimbas kembali bahawa dirinya mempunyai 25 dan ‘setengah’ trofi sepanjang karier pengurusannya.

Ketika ditanya oleh Garden, dimana datangnya ‘setengah’ trofi itu, ini jawapan The Special One;

“Setengah itu adalah perlawanan akhir [Piala Liga] bersama Spurs. Tentu saya amat kecewa tidak dapat membantu kelab yang berpeluang mendapatkan trofi selepas mereka tiada kejuaraan untuk diraikan sekian lama”.

Mourinho sememangnya dikenali sebagai pengurus yang mesra piala atau trofi jika mengikuti kejayaan 25 podium diraih. Kali terakhir beliau memenangi trofi adalah bersama United pada pertandingan Europa League 2016/2017. Lebih ironi beliau mengganggap musim itu antara ‘treble kecil’ untuk pencapaian hebat dengan Red Devil’s.

Pengacara rancangan terus mengajukan soalan panas terhadap Mourinho, apakah sebab-sebab beliau sering berbalah dengan hierarki tertinggi bekas majikannya;

“Saya sering dikaitkan dengan penyerang hebat. Saya mempunyai nama seperti Drogba yang melakukan 186 gol dalam empat musim. Harry Kane anda saksikan kehebatannya. Begitu juga dengan Cristiano, Milito dan Benzema atau Zlatan. Mereka ini semua bekerjasama baik untuk saya dan pasukan”.

“Kadang mereka mempersoalkan mengapa saya tidak suka menggunakan pemain dari akademi? Saya tahu soalan begini akan diajukan. Kamu mahu tahu berapa ramai pemain muda akademi yang saya promosikan? Empat puluh sembilan orang. Adakah anda mahu saya perincikan setiap satu nama mereka ini?”.

Selepas itu topik diteruskan menjurus tentang kisahnya di Manchester United.

“United berada di suatu situasi ketika kami memenangi tiga trofi pada musim pertama. Bila saya bersama anda, saya mahukan yang lebih dari ini. Saya seorang yang optimistik tetapi saya juga tetap seorang yang mempunyai rasa realistik. Setelah memenangi Liga Europa dan Piala Liga di United ketika itu serta satu lagi kejuaraan, saya rasa langkah seterusnya tidak banyak membantu [sokongan pemilik] pasukan”.

“Saya menyukai Manchester United, penyokong mereka amat bermakna kepada saya. Dan saya rasakan penyudah tanpa kejuaraan namun dalam masa yang sama terdapat peningkatan positif adalah sesuatu yang bagus. Tetapi dengan saya, tekanan dan pengaruh media sangat teruk berbanding dengan apa yang Ole Gunnar Solksjaer terima”.

Jose Mourinho sangat kesal dengan perbezaan yang diterimanya ketika United;

“Musim ini mereka mengakhiri musim dengan berada di tempat kedua, dan mereka mengatakan ia sesuatu yang cemerlang. Tetapi ketika saya menamatkan musim di kedudukan sama, oh ia sesuatu yang buruk”.

“Mereka hanya berada di nombor dua dan akhirnya ke perlawanan akhir Liga Europa tetapi tewas. Mungkin Ole mempunyai ramai rakan di media jadi apa yang baik untuk beliau adalah kelihatan sangat buruk buat saya dalam situasi sama”.

Anda tetap dalam kenangan kami, Jose Mourinho. Terima kasih atas jasa anda.

- Advertisement -