Moreno beri respon aksi De Gea baru-baru ini

0

David de Gea telah menyelamatkan sepakan penalti pada minggu lepas dan ia merupakan sesuatu yang sangat mengejutkan. Yang terakhir De Gea menyelamatkan sepakan penalti adalah pada 2016 dan kali pertama dia melakukannya adalah pada 2014. De Gea telah menyelamatkan sepakan penalti yang dilakukan oleh Mark Noble pada minit kecederaan untuk memastikan United mendapat kemenangan mutlak 2-1 ke atas West Ham di tempat lawan.

Ia merupakan kepuasan yang diperolehi oleh De Gea selepas dia mempunyai rekod buruk ketika menyelamatkan sepakan penalti terutamanya ketika perlawanan akhir Piala Europa. United tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada Villarreal 11-10. Tiada 1 pon sepakan yang berjaya di selamatkan oleh De Gea kerana dia tidak mempunyai kepakaran dalam menyelamatkan sepakan penalti seperti yang kita ketahui.

Namun segalanya berubah pada perlawanan minggu lepas, aksi De Gea menyelamatkan sepakan penalti tersebut telah membuatkan rakan pemain di atas padang menjadi liar meraikan dengan berlari ke arahnya. Bukan sahaja para pemain, Solskjaer juga tidak ketinggalan memberi reaksi gembira dengan aksi De Gea tersebut. Komen di media sosial IG milik De Gea dilimpahi dengan emoji api dan sayang kerana menjadi hero pada perlawanan tersebut.

Yang mencuri perhatian adalah Gerard Moreno juga telah memberikan respon di IG De Gea. Moreno merupakan salah seorang pemain Villarreal yang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada Mei lepas dan menjaringkan gol pertama pasukan mereka pada separuh masa pertama. Dia akan hadir ke Old Trafford pada minggu hadapan untuk misi berhadapan dengan United dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Kedua-dua pemain ini merupakan sebahagian pemain daripada pasukan Sepanyol dan aksi De Gea pada perlawanan akhir Piala Europa tersebut seperti memusnahkan kariernya bersama pasukan kebangsaan Sepanyol. De Gea dilihat bersedia membuktikan dia masih lagi mampu mempamerkan aksi luar biasanya dan pada ketika ini dia layak menerima pujian selepas beberapa aksi penampilan awalnya pada musim ini.

- Advertisement -