Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Monchi:”Pelik kelab seperti MU tiada pengarah teknikal untuk urusan perpindahan pemain”

Pengarah teknikal Sevilla,Monchi mengkritik ketiadaan jawatan pengarah teknikal di Manchester United.

Dia mengatakan bahawa United seharusnya mendapatkan jawatan itu untuk mempermudahkan lagi urusan jual beli pemain.

Seperti yang kita ketahui Manchester United gagal untuk mendapatkan sasaran utama mereka Jadon Sancho di pasaran perpindahan musim panas lalu. Menjelang hari terakhir jendela perpindahan, Man United hanya membawa Edinson Cavani, Alex Telles, Amad Traore dan Facundo Pellistri.

Man United yang tidak mempunyai pengarah teknikal yang secara khusus dapat mengatur perpindahan pemain telah membuat Monchi menyatakan kebingungannya mengapa kelab seperti Man United tidak mempunyai seseorang yang bertanggungjawab untuk mengawasi perpindahan pemain.

“Saya tidak percaya kelab seperti Manchester United tidak memiliki jawatan istimewa ini kerana untuk sebuah kelab,Itu sangat penting.

Solskjaer juga membalas kritikan tersebut.Dia mengatakan ada banyak urusan lagi urusan penting di Man United dan dia bersikeras bahawa perpindahan Man United bergerak ke arah yang betul.

“Selalu ada orang yang ingin membincangkan seberapa baik mereka melakukan sesuatu dan seberapa baik mereka melakukannya.

“Kita semua mempunyai pandangan yang berbeza mengenai bagaimana bola sepak seharusnya dimainkan dan bagaimana kelab itu harus dijalankan.

“Ini adalah proses yang dilalui kelab sepanjang masa, membincangkan sama ada kita mempunyai orang yang betul di kedudukan yang betul. Bukan hak saya untuk mengatakan sama ada kita harus mempunyai Pengarah Bola Sepak.”

“Pada masa ini kami sedang mengerjakan struktur ini dan saya merasakan hasilnya musim lalu kami melihat peningkatan besar, peminat melihat kami dan mengatakan kami bergerak ke arah yang benar. Semoga kami dapat melakukannya musim ini.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd