Misi perlu diteruskan

0

Harry Maguire telah berada dalam kesebelasan utama England ketika England menewaskan musuh tradisinya Jerman dengan 2-0 di Stadium Wembley.

Maguire telah menerima anugerah pemain terbaik UEFA bagi perlawanan tersebut. Dia telah mempamerkan aksi yang mantap di bahagian pertahanan sekaligus membantu England untuk mengekalkan rekod ‘clean sheet’.

Ketua pasukan Manchester United berkata England layak untuk memenangi perlawanan tersebut seterusnya layak ke peringkat suku akhir selepas mendominasi kawalan bola.

Maguire mengakui pasukan England mempunyai barisan serangan yang cukup padu sama ada dibangku simpanan atau di kesebelasan utama. Kualiti mereka ini mampu untuk memecahkan kubu pasukan lawan.

“Kami tidak memberikan mereka ruang untuk mengawal permainan atau berasa selesa dengan kawalan bola. Secara keseluruhannya kami mengawal permainan dengan baik. Kami kekal tenang dalam usaha mencipta jaringan sepanjang tempoh 90 minit. Usaha itu berjaya dan kami telah mengecapi kejayaan yang bermakna ini.”

Maguire juga meluahkan rasa terkejut dengan kekalahan Perancis ke atas Switzerland sehari sebelum perlawan mereka berlangsung.

“Dengar sini, kami mahu menang dalam setiap perlawanan kerana ini merupakan satu pertandingan. Anda dapat saksikan keputusan perlawanan yang mengejutkan pada sebelum-sebelum ini. Sangat sukar untuk memenangi sesuatu perlawanan dalam pertandingan ini. Semua pasukan tidak kira saiapa akan berusaha untuk memenangi perlawanan tersebut. Namun pada ketika ini kami telah melakukan dengan baik tetapi kami harus ingat ini baru permulaan. Kami perlu meneruskan momentum kemenangan ini.”

- Advertisement -