Miralem Pjanic menjelaskan siapa sebenarnya idola CR7

0

CR7 telah menikmati penampilan semula yang cukup gemilang bagi United pada Sabtu lepas. 2 gol yang dijaringkan CR7 membantu United menewaskan Newcastle 4-1. Ia sekaligus membuktikan yang dia masih lagi seorang pemain yang berkualiti walaupun usianya sudah mencecah 36 tahun. Bekas rakan sepasukan CR7 di Juventus, Pjanic telah memuji persembahan CR7.

Pjanic telah menyertai Besiktas. Dia telah melabelkan CR7 sebagai seorang pemain yang penomenal. Pemain tengah Bosnia ini juga pernah bermain untuk pasukan Roma dan Barcelona merupakan peminat tegar CR7. Dia seringkali memuji pemain antarabangsa Portugal ini dan memberitahu yang Paul Scholes merupakan inspirasi kepada kepada CR7 untuk menjadikan dia seorang pemain yang berkualiti.

Pjanic telah memberitahu The Guardian pada 2018, ‘Jika anda lihat kepada CR7 semasa dia di Manchester United, dan ketika waktu dia menjadi pemain terbaik dunia, anda boleh lihat perubahan yang dia lakukan. Cara permainan yang dia pamerkan semakin bagus. Saya kerap membaca mengenai CR7 bercerita mengenai Paul Scholes dan bagaimana dia berlatih. Semua orang memperkatakan mengenai Scholes merupakan pemain yang luar biasa bukan kerana dia melakukan perkara yang luar biasa. Tetapi dia telah melakukan perkara yang mudah dalam bola sepak dan itu yang menjadikan dia menjadi seorang yang cukup istimewa. Saya rasa CR7 belajar daripada pemain seperti tersebut.’

CR7 pernah dikritik hebat pada pertengahan kariernya bersama United. Namun dia berjaya menangani semua itu pada penghujung kariernya bersama United sebelum berhijrah ke Real Madrid. Dengan perpindahan CR7 ke Real Madrid, dia telah menjadi seorang penyerang terbaik dunia dengan 311 gol yang dia berjaya jaringkan semasa kariernya di La Liga dan kemudian menjaringkan 81 gol ketika bersama Juventus. Kini dia telah kembali ke United dengan misinya tersendiri dan salah satu daripada itu adalah membantu United mendapatkan semula gelaran Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

- Advertisement -