Buletin Manchester United

Mimpi-menjadi-kenyataan

Mimpi menjadi kenyataan

Manchester United telah menandatangani secara rasmi Amad Diallo selepas dia hadir ke Carrington buat pertama kalinya. Pemain yang berusia 18 tahun ini melengkapkan perpindahan bernilai £37 juta dari kelab Italit, Atalanta pada minggu lepas dan kontraknya bersama United sehingga tahun 2025.

Diallo yang akan menyarung jersi no 19 untuk pasukan United telah diperkenalkan dengan fasiliti latihan sekitar United sebelum ditemuramah. Pemain yang berasal daripada Ivory Cost itu menyatakan perasaan gembira ‘mimpi menjadi kenyataan’ selepas berjaya berhijrah ke United pada Januari ini selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan syarat dan terma pada Oktober 2020.

‘Selepas menanti sejak awal musim ini, akhirnya mimpi saya menjadi kenyataan dan kini saya berada di sini sebagai pemain United. Saya mempunyai impian yang besar untuk mencapai segala impian yang saya idamkan. Saya akan memastikan saya mendapat minit permainan selepas saya bercakap dengan pengurus pasukan yang menyaksikan saya sangat sesuai dengan cara pemain United.’

‘Saya sangat teruja kerana di sini ada menghimpunkan pemain-pemain terbaik dan pemain muda yang berkualiti. Saya berjanji akan berlatih bersungguh-sungguh dan berlajar daripada pasukan serta memberikan kualiti yang saya ada untuk pasukan. Saya akan cuba menyesuaikan diri saya dengan permaianan bola sepak Inggeris.’

‘Pegawai-pegawai kejurulatihan sangat bagus melayan saya, mereka kerap menghubungi saya dan telah memberikan khidmat nasihat sebelum saya sampai di sini lagi. Saya mempunyai masa sebelum hadir ke United. Saya telah membuat persedia dari segi fizikal danmental. Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk persediaan saya datang ke kelab yang terbaik ini.’

Pemain pertahanan lagenda United, Rio Ferdinan menjangkakan Diallo akan menjadi pemain terbaik dunia seperti pemain yang pernah United hasilkan sebelum ini, iaitu Cristiano Ronaldo.

Sumber dari TheSun Football