Mimpi menjadi kenyataan

0

Pemain pertahanan United Diogo Dalot telah menerima panggilan untuk pasukan kebangsaan Portugal baru-baru ini. Dia telah membuat debut pertama pada perlawanan menentang Perancis baru-baru ini.

Dia masuk de lewat permainan sebagai pemain gantian di mana Portugal seri 2-2 dengan Perancis.

Dia telah dimasukkan pada minit ke 78 untuk menggantikan Nelson Semedo ketika keputusan sudah pun 2-2.

Dalot tidak menunggu lama untuk muat naik status kegembiraannya di media sosial dengan kejayaan membuat penampilan pertamanya.

Ia sesuatu yang tidak disangkakan apabila pemain yang dipanggil pada saat-saat akhir dan berjaya membuat penampilan dalam kejohanan yang besar dalam perlawanan penting.

Ia pasti akan memberikan pengalaman beharga buat Dalot walaupun untuk jangka masa yang singkat.

Dalot pada musim lepas telah bermain dengan cemerlang ketika bersama AC Milan selepas dipinjamkan oleh pasukan United. Dia juga ada bermain bersama pasukan bawah 21 tahun Portugal yang berjaya menjadi naib juara dalam Euro 2020 untuk bawah 21 tahun.

Dia kemudiannya mendapat panggilan ke pasukan kebangsaan untuk menggantikan pemain Man City Joao Cancelo.

Dalam perlawanan tersebut, Dalot telah membuat 10 sentuhan dan 1 ‘tackle’ cukup untuk memastikan Perancis tidak mendapatkan kemenganan di minit-minit akhir permainanan.

Masa depan Dalot masih jadi menjadi tanda tanya sama ada dia berada dalam perancangan pasukan Solskjaer atau tidak pada musim hadapan.

Tetapi dengan pengalaman ini pasti akan memberikan Dalot keyakinan untuk bersaing dalam pasukan United. Jika perkara ini berlaku, maka United tidak perlu membelanjakan duit untuk medapatkan pemain pertahanan kanan seperti yang dibertahu oleh pihak media.

Dikatakan United masih belum bersedia untuk melepaskan Dalot kerana percaya Dalot mempunyai kualiti yang bagus sebagai seorang pemain pertahanan.

- Advertisement -