Mike Phelan gembira Fred ke ‘Final’ Copa Amerika

0

Brazil telah layak ke peringkat akhir Copa Amerika selepas menewaskan Peri 1-0. Mereka sedang menanti sama ada Argentina atau Colombia.

Pemain United, Fred telah bermain dalam kesebelasan utama dan untuk 85 minit permainan dalam kemenangan penting itu.

Pembantu Solskjaer, Mike Phelan memberikan ucapan tahniah kepada Fred. Phelan sentiasa memantau prestasi Fred dan menjadi faktor utama kebangkitan prestasi Fred pada ketika ini.

Fred telah melakukan 4 ‘interception’ dan 4 ‘tackles’ pada perlawanan tersebut dan sentiasa sibuk untuk memastikan Brazil memperolehi ‘clean sheet’ dalam perlawanan tersebut.

Dia telah melakukan 74 sentuhan dan membuat 84 peratus ketepatan hantaran. Selain itu, Fred juga telah menang 5 daripada 6 ‘duels’ ketika berhadapan pemain Peru. Ini pasti memberikan kenangan dan pengalaman berharga kepada Fred jika Brazil menjuari Copa Amerika ini.

“Kami kini akan bermain di perlawanan akhir Copa Amerika. Kejayaan ini disebabkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan kami. Mari kita bermain bersungguh-sungguh untuk perlawanan akhir itu. Terima kasih Tuhan.”

Selepas kekecewan United di perlawanan akhir Piala Europa, Copa AMerika pasti akan menjadi medan Fred untuk mendapatkan kejuaraan peribadinya yang pertama untuk akhir musim ini.

- Advertisement -