Berita Terkini

Michael Owen berikan pujian buat Alejandro Garnacho..

4bb06ded Bc0c 4f25 A004 15dcd9d3fa9f

Kemenangan United keatas Fulham dalam perlawanan terakhir sebelum berehatnya kempen liga, amat menggembirakan peminat dan kem United . Pemain muda Alejandro Garnacho menjadi pemusnah dikala perlawanan dijangka akan berkesudahan dengan keputusan seri.

Namun anak muda itu dengan bergaya menjadi tumpuan perlawanan dengan aksi yang berani dan luar biasa. Ini bukan pertama kali, dia sebelum ini juga beraksi menjadi pemusnah dalam perlawanan Piala Carabao yang menyaksikan United menang keatas Aston Villa.

Walaupun isu Ronaldo telah menenggelamkan berita anak muda United ini, ianya tetap menjadi bualan pundit terutama bekas pemain United dan Liverpool Michael Owen.

Pemain sayap berusia 18 tahun itu telah menikmati musim yang hebat di kelab itu, setelah menjaringkan tiga gol dan memberikan tiga bantuan dalam sepuluh penampilannya di seluruh pertandingan setakat ini.

Garnacho mempamerkan aksi cemerlang dalam tiga aksi Liga Perdana setakat ini dan menjaringkan gol kemenangan lewat semalam menewaskan Fulham..

Dengan mempamerkan aksi kepantasan dan kemahirannya dia berada di landasan tepat. Ia disuntik dengan keyakinan luar biasa dalam dirinya untuk menjadi pemain terbaik masa akan datang

“Itulah indahnya menjadi berusia 18. Jika anda hanya boleh sepanjang hayat anda, jangan takut apa-apa”

“Anda pergi ke sana dengan keangkuhan,keyakinan dan mulakan sekarang”

“Itulah perkara sekarang, dia jelas mempunyai bakat, dia jelas mempunyai kepantasan, sentuhan, kemahiran, keyakinan.”

“Sekarang ia tidak terbawa-bawa dan apa yang ada di antara telinganya yang akan membuat perbezaan antara sama ada dia hanya ingin menjadi seorang yang hebat, atau sama ada dia boleh mempunyai kerjaya yang bagus dalam permainan.”

Garnacho tidak terpilih dalam skuad Piala Dunia Argentina dan akan bersama skuad United meneruskan latihan di Old Trafford. United dijangka akan bermain dalam dua perlawanan persahabatan ketika berlangsungnya piala dunia

Lain-Lain Artikel