Mesej Kepada Pengkritik Dari Martial

0

Musim 2020/2021 yang begitu sukar buat Anthony Martial apabila dia telah mengalami kecederaan yang menyebabkan terlepas peluang mewakili Perancis dalam Euro 2020.

Hanya 7 gol sahaja yang berjaya dicetak Martial, terdapat spekulasi yang dia akan dijual ke kelab lain musim panas kali ini.

Menurut ESPN, Martial akan dijual tidak lama lagi. Dia yang ketika ini sedang bercuti di Greece tidak perlu menghiraukan segala spekulasi yang menghantuinya ketika ini.

Martial memberikan mesej ‘only good vibes’ di Instagram miliknya yang bermaksud beliau berada dalam ketenangan ketika sedang bercuti. Ini adalah sesuatu yang kita tidak lihat dalam dirinya pada musim lepas.

Permulaan Yang Segar

United dilihat tidak akan menjual Martial buat masa ini. Hal ini kerana United tidak berminat untuk mencari penyerang baru.

Edinson Cavani pula telah berusia 34 tahun dan tidak akan dapat memulakan setiap perlawanan musim depan dan juga mempunyai baki setahun kontrak sahaja lagi.

Masa depan yang cerah buat Martial sekiranya dia berada dalam kondisi yang terbaik. Martial telah menjaringkan 23 gol pada musim 2019/2020.

Menurut ESPN, harga yang dipinta oleh United mestilah lebih daripada 40 juta pound dan tidak kurang dari itu. Martial yang dilihat bekerja keras memastikan fizikalnya kuat walaupun sedang bercuti di Greece.

Martial juga dijangka akan menjadi penyerang utama United pada pra-musim akan datang kerana Cavani masih terlibat dengan kejohanan Copa America di Brazil. Martial juga dapat menghentikan kritikan dari luar sekiranya dapat memberikan persembahan mantap pada awal musim depan dan menepis segala gosip liar yang mengatakan dia akan dijual.

- Advertisement -