Mesej CR7 kepada peminat

0

Rekod jaringan dalam setiap perlawanan CR7 berakhir pada parlawanan malam tadi. Rekod tanpa kalah CR7 ketika menentang Aston Villa juga berkahir selepas United tewas 0-1 di Old Trafford. CR7 tidak menunggu lama untuk berhasrat memperbaiki keadaan ini dengan cepat selepas memuat naik mesej di laman sosialnya.

‘Ini adalah permulaan, tetapi dalam perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris, setiap mata akan dikira! Kita mesti cepat memperbaiki keadaan ini, bangkit semula dan pamerkan kekuatan kita semula.’

Hari yang sengsara pagi seluruh peminat United ditambah dengan kegagalan Bruno Fernandes yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit kecederaan. CR7 telah beri peluang kepada Bruno untuk mengambil sepakan penalti tersebut. Mungkin akan datang dia yang akan menggalas tugas tersebut.

Kekalahan ini merupakan satu tamparan besar kepada pasukan United dalam permulaan saingan liga pada musim ini selepas 6 perlawanan berlangsung. United telah menjaringkan 9 gol dalam 2 perlawanan awal pada musim ini. Keadaan kedudukan teratas dalam saingan liga masih terbuka. Namun sayang bagi United yang gagal mengambil peluang tersebut menjarakkan mata dikalangan pencabar terdekat mereka. Perlawanan yang menanti pada bulan Oktober dan Disember nanti pasti akan menentukan tahap sebenar kedudukan pasukan United.

- Advertisement -