Mesej Bruno kepada peminat

0

Bruno Fernandes telah meninggalkan perlawanan malam tadi dengan episod duka selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti di minit kecederaan untuk pasukan United. Sepakan yang dilakukan Bruno melambung tinggi melepasi tiang gol. Bruno berpeluang membantu United menyamakan kedudukan sebelum tamat permainan selepas United ketinggalan 0-1 menerusi gol tandukan Hause hasil sepakan penjuru pasukan Aston Villa.

Kegagalan Bruno tersebut menyebabkan dia menerima kutukan daripada segelintir peminat United. Namun selepas beberapa jam daripada perlawanan tersebut, Bruno telah muat naik coretan panjang mengenai perasaannya terhadap kegagalan sepakan penalti tersebut.

‘Tidak ada pemain yang lebih kecewa daripada kekecewaan saya selepas gagal menyempurakan sepakan penalti sekaligus memberikan kekalahan kepada pasukan United. Saya sentiasa memikul tanggungjawab dan akan berhadapan dengan situasi dalam tekanan seperti tendangan penalti pada sebelum-sebelum ini. Namun pada hari ini, saya gagal. Saya akan terus maju ke hadapan dan bersedia menghadapi cabaran dengan cita-cita yang sama dan tanggungjawab yang sama dalam usaha menjaringkan gol.’

‘Segala kritikan dan pendapat adalah sebahagian daripada bola sepak. Saya telah belajar menghadapi dengan keadaan tersebut dalam usaha saya untuk terus menjadi pemain terbaik yang saya mampu lakukan untuk diri saya dan pasukan. Bermula pada hari ini saya akan terus bertanggungjawab untuk menggalas cabaran ini sejak saya menyertai United dan saya akan melakukannya tanpa rasa takut dan gentar.’

‘Perkara yang paling utama bagi saya adalah untuk menang bersama dan saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk membantu rakan-rakan dan pasukan United sendiri menjadi di antara pasukan yang terbaik. Terima kasih di atas sokongan anda sehingga tamat wisel permainan! Mendengar anda semua melaungkan nama saya di dalam stadium membuatkan saya berasa sangat beremosi. Saya akan kembali dengan lebih kuat untuk perlawanan selepas ini.’

Kita boleh lihat Bruno sangat kecewa dengan kegagalan sepakan penalti tersebut. Ia jarang berlaku dan kali terakhir dia gagal menyempurnakan sepakan penalti adalah pada musim lepas ketika menentang Newcastle namun United masih lagi menang dalam perlawanan tersebut. Namun kali ini kegagalan tersebut ditambah lagi dengan kekalahan United di tempat sendiri dan ia merupakan sesuatu yang sukar diterima oleh peminat.

United dilihat kurang semangat berpasukan ketika melakukan serangan ke atas kubu Aston Villa. Tiada seorang pun yang dilihat begitu tenang ketika mendapat peluang di hadapan tiang gol. Namun kegagalan sepakan penalti tersebut pasti di ganggu dengan emosi dan provokasi daripada pihak lawan. Siapakan yang bakal mengambil sepakan penalti yang seterusnya pasti menjadi tanda tanya. Calon seterusnya pasti CR7.

- Advertisement -