Mengapa Luke Shaw tidak berada dalam senarai pemain terbaik tahunan bagi pasukan England?

0

Senarai pemain terbaik tahunan bagi pasukan England telah dikeluarkan beberapa hari lepas. Di sebabkan jadual perlawanan bola sepak yang berubah-ubah sepanjang musim pendamik covid 19 ini, ia telah mengambil satu tempoh yang lama sebelum pencalonan baru dilakukan. Pencalonan baru diambil kira bermula Mac 2020.

Senarai pemain yang dikeluarkan mengambil kira pemain yang bermain hampir 50% perlawanan yang melibatkan pasukan England.

Shaw telah bermain untuk pasukan England bermula Mac 2021, dan ini bermakna dia tidak banyak terlibat dengan pasukan ketika di peringkat kelayakan.

Walaupun dia menjadi pemain England yang pertama menjaringkan gol pada perlawanan akhir sejak kejohanan besar tahun 1966, dia merupakan pemain terbaik England dikejohanan tersebut selepas bermain dengan keadaan sakit disebabkan kecederaan tulang rusuk belakangnya.

Ada 14 senarai nama yang telah disenarai pendek termasuklah Dominic Calvert Lewin dan Tyrone Mings. Namun kami masih hormat dengan 2 pemain ini namun secara realistiknya mereka bukanlah calon yang utama untuk memenangi anugerah tersebut.

Calvert Lewin tida bermain dalam 1 perlawanan pun semasa Euro 2020 baru-baru ini dengan Shaw merupakan pemain yang menjadi tumpuan akan prestasinya. Di sebabkan syarat peraturan yang ditetapkan bagi anugerah tersebut, Shaw tidak layak berada dalam senarai pendek tersebut.

United mempunyai 2 pemain dalam senari pendek tersebut, Harry Maguire dan pemain yang baru menyertai United Jadon Sancho. Ketiadaan Shaw akanmemberikan harapan untuk 2 pemain United ini mendapat undian yang lebihbaik disebabkan perpecahan undian tidak terlalu banyak.

Maguire tidak dinafikan merupakan pemain yang memainkan peranan penting dalam pasukan England semasa Euro 2020. Dia telah menjalani proses pemulihan dangan begitu baik sekali sebelum menyertai pasukan England. Dengan rekod ‘cleen sheet’ yang baik, pasukan England berjaya melangkah ke peringat akhir sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti.

Anda boleh membuat undian di link ini https://www.englandfootball.com/articles/2021/Aug/12/20211608-england-player-of-the-year-2020-21-vote-open

- Advertisement -