Menangkan Piala Europa walaupun ia tidak memadai

0

Peluang Manchester United untuk memenangi Piala Europa masih lagi terbuka. Namun, bagi Bruno, walaupun dia memenanginya,perasan tidak akan berpuas itu pasti ada. United telah memasuki peringkat suku akhir Piala Europa. The Red Devils akan menentang Granada Jumaat pagi ini.

Pertandingan ini adalah satu-satunya pertandingan yang masih memberi peluang yang cukup besar kepada United untuk memenangi trofi. Kerana, dalam pertandingan lain, keadaannya sukar dan telah tamat perjalanannya.

United telah tersingkir di Piala FA dan Piala Carabao, bahkan di Liga Juara-Juara Eropah. Kedudkan di Liga Perdana pula United berada di tempat kedua dengan 14 mata di belakang Manchester City yang jauh mendahuli liga.

Bruno Fernandes menjelaskan bahawa dia tidak akan berpuas hati jika dia hanya memenangi satu trofi pada musim ini. Dia menganggap, pasukan seperti United perlu memenangi banyak piala. Namun mereka akui yang mereka perlu menang dalam kejohanan ini.

“Tidak, tidak pernah cukup apabila anda hanya memenangi satu trofi di kelab ini. Anda lihat pada masa lalu, mereka memenangi banyak piala. Mereka sentiasa berjaya memenangi sesuatu kejohanan. Anda pasti boleh berjaya jika kita berjaya memperolehi kemenangan dan kita harus melakukan sesuatu dengan baik. “Bruno Fernandes memberitahu talkSport.

“Tetapi pada masa yang sama, tidak kira berapa banyak piala yang anda menangi, anda harus sentiasa berusaha dengan lebih baik. Sekiranya kami memenangi empat trofi musim ini, kami masih harus memperbaiki. Dan jika kami hanya memenangi Liga Europa, kami masih perlu untuk memperbaiki. ”

“Perkara yang paling penting bagi kita adalah akui. Tidak kira berapa banyak piala yang kita menangi, kita masih perlu sentiasa mempertingkatkan mutu permaianan kita,” jelas Bruno Fernandes.

- Advertisement -