Media dari Perancis mendakwa, PSG ada berhubung dengan Paul Pogba

0

L’Equipe ada melaporkan pengurus pasukan PSG Mouricio Pochettino berminat untuk membawa Paul Pogba ke sana.

Pogba yang mempunyai baki 1 tahun kontrak akan mempengaruhi nilai perpindahan Pogba yang dijangka mampu dibayar oleh PSG.

Harga yang sudi diterima oleh United adalah sekitar 43 juta pound dan nilai itu adalah separuh daripada nilai pembelian mereka sewaktu Pogba di Juventus.

Harga tersebut mudah kerana, Pogba masih lagi belum menandatangani sebarang kontrak baru bersama United. Jika keadaan ini berterusan, Pogba dijangka akan meninggalkan United secara percuma pada tahun hadapan.

Dia berhak berunding mengenai kontrak barunya dengan mana-mana kelab baru pada Januari 2022.

Dalam kejohanan Euro 2020 baru ini, gol Pogba ketika menentang Switzerland tercalon dalam kategori gol tercantik kejohanan. Prestasi semasa Pogba ketika bersama pasukan Perancis telah menyebabkan gosip perpindahannya samakin hangat diperkatakan.

Oleh yang demikian, United kini kesuntukan masa untuk mendapatkan semula duit pelaburan ketika membawa masuk Pogba pada Ogos 2016 lalu.

Pada sebelum ini ada lporan memberitahu, perbincangan di antara pengarah sukan PSG, Leonardo dan ejen peribadi Pogba, Mino Railoa telah berlangsung.

PSG sangat aktif membawa masuk pemain-pemain baru pada perpindahan musim panas ini. Jika mereka inginkan Pogba, mereka harus menjual beberapa pemain mereka.

Di antara nama yang tersebut adalah Ander Herrera. Dia harus dijual untuk memberi sedikit tambahan perbelanjaan untuk mendapatkan Pogba.

Namun ini semua khabar angin. Belum ada tawaran rasmi yang diterima oleh pihak United pada ketika ini. Pogba juga mempunyai gambar ketika sesi gambar bersama jersi baru United baru-baru ini. Pogba juga dijangka akan menerima tawaran kontrak baru dalam masa terdekat oleh pihak pengurusan United.

- Advertisement -