McTominay lebih bagus dari Declan Rice kata bekas pemain United

0

SCott McTominay telah mempamerkan aksi yang memukau ketika Scotland dan England terikat 0-0 dan dia layak menerima pujian.

Bukan sahaja pujian dari peminat-peminat Scotland tetapi dia juga mendapat perhatian daripada bekas pemain tengah United, Mickey Thomas. Mickey Thomas telah memuat naik kenyataan di media sosial yang dia lebih gemar permainan McTominay daripada Declan Rice.

Rice telah dilaporkan pada sebelum ini untuk berhijrah ke United dengan nilai harga yang mencecah 100 juta pound.

Thomas memaklumkan yang United tidak perlu bayar sebanyak itu kerana McTominay sudah ada.

Adakah benar-benar United memerlukan Declan Rice

Rice dilihat begitu selesa bermain sebagai pemain ‘defensive midfielder’ berbanding McTominay.

McTominay boleh membantu bahagian serangan dan pertahanan dan dia sering kali mempunyai keinginan untuk menjaringkan gol. Tetapi dia mempunyai kekurangan teknikal ketika bertahan di mana itu yang Rice miliki. Rice sangat berdisiplin ketika bermain sebagai seorang pemain ‘defensive midfileder’.Dia sentiasa berada di kawasan tengah berhampiran pemain pertahanan walaupun pasukan sedang melakukan serangan.

United amat memerlukan seorang pemain ‘defensive midfielder’ yang sebenar. Seseorang yang begitu pakar dalam usaha untuk ‘intecept’ dan melakukan ‘tackle’ mendapatkan bola. Ngolo Kante adalah salah seorang daripdanya. Jika United berjaya membawa masuk seorang pemain seperti ini, maka Pogba, Fred dan McTominay akan lebih menjadi pemain yang bagus.

Sama ada Rice adalah pemain tersebut atau tidak kita tidak perlu berdebat. Tetapi pasukan England berjaya mengekalkan ‘clean sheet’ ketika bertemu Scotland. Namun Rice bukanlah pemain yang menonjol dalam perlawanan tersebut. Adakah dia benar-benar bernilai 100 juta pound?

Memang benar Rice masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah, dia telah berusia 22 tahun. Anda pasti tahu mengapa West Ham ingin melepaskannya dengan nilai yang tinggi. Dia seorang pemain ‘homegrown’ ia sangat berharga bagi sesebuah kelab.

United perlu mencari pilihan pemain lain yang lebih murah dan berkualiti.

- Advertisement -