Matic kembali menjalani latihan

0

Nemanja Matic sedang melakukan persediaan peribadinya sebelum pulan ke United untuk Pra-musim nanti.

Matic telah bersara dari kariernya di peringkat kebangsaan bersama pasukan Serbia. Pasukan Serbia tidak layak pada Euro 2020 kali ini selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti ketika pusingan penentuan menentang Scotland.

Pemain tengah United ini adalah salah seorang pemain dalam pasukan senior yang akan berada di kem pra-musim nanti. Kem latihan pra-musim akan bermula pada Julai ini dan Matic telah melakukan persediaan awal.

Matic kembali menjalani latihan2

Matic telah muat naik videonya di laman sosial. Dia telah melakukan larian di suhu 36c. Dia mahu kembali dengan keadaan yang cergas dan kuat apabila pulang ke Carrington nanti.

Selain Matic, ada beberapa pemain lain juga ada melakukan persediaan awal seperti Anthony Martial. Mereka berdua dijangka akan mengetuai pasukan United selepas tidak beraksi dalam kejohanan Euro 2020 kali ini.

Matic berusia 32 tahun dan dijangka tidak kerap berada dalam kesebelasan utama pada musim baru ini. Dia telah mengambil lesen kejurulatihan ‘UEFA B coaching license’ pada minggu lepas.

Ini memberi gambaran, Matic berkemungkinan akan berada di barisan kejurulatihan United pada musim baru ini dalam memberi idea dan pengalamannya kepada pemain-pemain muda dengan peluang bermain jika diperlukan.

Dia merupakan pemain ‘defensive midfielder’ United pada musim lepas. Namun pada musim baru akan datang, dijangka ada pemain-pemain muda akan mula bersaing dengannya untuk merebut slot berkenaan. Tetapi belum ada perancangan yang jelas mengenai perkara ini.

Sehingga belum ada pemain baru atau keyakinan kepada pemain muda, Matic masih diperlukan. Apa yang dilakukan Matic sebelum kempen pra-musim ini bagus untuk meletakkannya adalah pilihan utama dan bersedia untuk msuim baharu nanti.

- Advertisement -