Matic idam rangkul kejuaraan Liga bersama United

0

Nemanja Matic merupakan antara pemain senior dalam pasukan Manchester United. Pemain Sebia ini berharap United dapat mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Pada musim lepas, United telah menghuni tangga kedua liga. Oleh itu, United telah diperkuatkan dengan kehadiran 2 pemain baru iaitu Jadon Sancho Dari Dortmund dan Raphael Varane dari Real Madrid. Kedua-dua pemain ini akan memberikan impak yang bagus kepada pasukan dengan pengalaman dan kualiti yang mereka ada.

Matic juga percaya United berupaya menjadi juara pada musim ini dengan kekuatan pasukan sedia ada. Dia juga mahukan United memenangi Liga Perdana Inggeris berbanding Liga Juara-Juara Eropah.

“Pada pendapat saya, trofi Liga Perdana adalah yang paling utama. Sudah tentu Liga Juara-Juara Eropah adalah kejohanan terbesar setiap tahun yang menghimpunkan banyak kelab terbaik Eropah. Bagi saya secara peribadi, Liga Perdana Inggeris adalah keutamaannya. Jika kami menang, saya yang paling gembira,” kata Matic kepada laman sesawang Manchester United.

Nemanaja Matic adalah antara pemain dalam bilik persalinan yang pernah menang Liga Perdana Inggeris dalam kariernya.

Dia juga mungkin bukan pemain yang akan menjadi pemain kesebelasan utama setiap perlawanan sekiranya semua pemain berada dalam prestasi terbaik. Pengalaman luas dimiliki Matic boleh membantu pasukan untuk mendapatkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah semestinya akan memberikan kejayaan besar kepada United.

Keupayaan United membawa masuk pemain terbaik dari liga lain yang telah memenangi banyak gelaran juara seperti Raphael Varane akan memberikan satu pembaharuan dan motivasi yang baik kepada United.

Ole Gunnar Solksjaer akan memberikan segalanya untuk memburu trofi pertamanya bersama United.

- Advertisement -