Mateo Mejia Kembali ke Skuad United Bawah 23 Tahun

0

Mateo Mejia kembali ke dalam skuad Manchester United selepas pulih dari kecederaan.

Mejia yang datang dari kelab Real Zaragoza dengan reputasi yang tinggi pada 2019 telah mengalami beberapa siri kecederaan yang tidak baik.

Pemain muda ini mendapat kecederaan semasa bermain bersama skuad bawah 18 tahun pada tahun 2019. Malangnya selepas itu, musim tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Mejia menjaringkan 1 gol dalam 2 perlawanan untuk skuad bawah 18 tahun dan dia mendapat kecederaan dalam perlawanan ketiga semasa menentang Manchester City.

Selepas menjalani proses pembedahan, kini dia telah kembali berlatih. Ketika bersama skuad bawah 23 tahun, dia dilihat dengan berlatih dengan begitu gigih sekali. Dia juga menghantar mesej bahawa dia kelihatan begitu bersedia untuk kembali bermain.

Permulaan Yang Baru Untuk Mejia

Sekiranya anda merasakan musim 2019/2020 merupakan sesuatu yang tidak baik untuk Mejia, musim 2020/2021 lebih teruk lagi untuknya.

Dia telah terlepas peluang untuk menyinar untuk skuad bawah 18 tahun yang hampir-hampir merangkul kejuaraan buat United. Pemain lain juga telah menunjukkan bakat mereka untuk beraksi dengan skuad utama pada musim akan datang.

Joe Hugill telah dinaikkan pangkat dari skuad bawah 18 tahun ke skuad bawah 23 tahun. Charlie McNeill pula telah datang dan menjaringkan 25 gol dalam semua pertandingan.

Dillon Hoogewerf telah menjaringkan 12 gol dan mencapai lebih 10 bantuan gol. Selain itu, Alejandro Garnacho telah menjaringkan 7 gol.

Mejia hatus memberikan persembahan mantap untuk skuad bawah 23 tahun kerana dia sudah tidak boleh mewakili skuad bawah 18 tahun kerana sudah lebih umur.

Cabaran tahun ini adalah begitu mencabar untuk Mejia kerana dia perlu membuktikan dan melakasanakan tugas yang diberikan dengan baik. Pengalaman yang tidak elok untuknya perlu dilupakan.

Mejia perlu buktikan kepada pengurusan United yang dia masih mempunyai bakat yang besar dan masa depan yang cerah. Kontraknya yang akan berakhir dalam tempoh setahun lagi boleh diperbaharui dan seterusnya terus bersama skuad United.

Media Sepanyol, El Periodico de Aragon melaporkan Mejia telah menjaringkan sejumlah 51 gol untuk pasukan bawah 16 tahun Real Zaragoza dan seterusnya menarik minat Manchester United untuk mendapatkannya. Jaringannya untuk skuad bawah 18 tahun sudah boleh membuktikan kredibilitinya sebagai seorang pemain muda berbakat.

Mejia hanya perlu memastikan kecergasannya setiasa berada di tahap terbaik dan memberikan persembahan hebat supaya United dapat memikirkan pelan masa hadapan pemain muda ini.

- Advertisement -