Mata gembira melihat Shola Shoretire beraksi

0

Juan Mata telah memberikan kata-kata semangat kepada pemain muda United Shola Shoretire. Mata berkata sedemikian selepas ditemubual baru-baru ini.

Pasangan ini telah dimasukkan pada bulan Februari ketika perlawanan United menentang Newcastle di mana Shoretire telah membuat penampilan pertama dan menjadi pemain ketujuh termuda yang bermain untuk United.

Mata telah menyampaikan mesej tersebut secara terbuka sekaligus mempamerkan kelas tersendirinya sebagai seorang pemain senior. Dia boleh saja memberi ucapan tersebut secara individu, namun dia lebih gemar untuk memuji dan memberi semangat kepada pemain muda tersebut secara terbuka.

Shoretire yang kini berusia 17 tahun merupakan pemain utama pasukan bawah 23 tahun United. Pemain muda ini telah menjaringkan 10 gol dan melakukan 6 ‘assist’.

Karier Shoretire pada musim hadapan masih belum ada jawapan. Dia perlu membuat pilihan sama ada menyambung kontrak bersama United atau meninggalkan secara percuma. Keputusan ini perlu dibuat dalam beberapa hari lagi kerana kontraknya akan tamat pada 30 June.

Jika dia ambil keputusan untuk meninggalkan United, maka kariernya pasti akan membuka lembaran baru. Jika dia terus kekal bersama United, dia boleh mempelajari sesuatu daripada Juan Mata.

- Advertisement -