Mata bakal berhijrah pada Januari ini

0

Juan Mata dilaporkan sedang mempertimbangkan masa depannya bersama United disebabkan kekurangan masa bermainnya sejak musim lepas. Pemain tengah United ini telah berada dalam kesebelasan utama United ketika mana United tewas 0-1 kepada West Ham di Piala Carabao. Dia kemudiannya di singkirkan dari senarai pemain simpanan United ketika perlawanan menentang Aston Villa.

Pemain berusia 33 tahun ini akan mengakhiri kontraknya pada hujung musim ini dan bermula pada Januari tahun hadapan, Mata boleh melakukan perbincangan dengan mana-mana pasukan untuk perpindahannya itu. Laporan dari Manchester Evening memberitahu yang Mata bersedia meninggalkan United sebelum kontraknya berakhir.

Mata akan berusia 34 tahun pada April tahun hadapan. Dia telah menyertai United pada tahun 2014 dan membuat 274 penampilan bersama United. Kontraknya telah di sambung pada musim ini selepas Solskjaer mahukan pengalamannya kepada pasukan.

‘United kini di barisi oleh pemain-pemain muda dan saya sedang memikirkan mengenai perkara tersebut. Kita sememangnya akan menghadapi situasi sebegini pada awal dan akhir karier kita. Pemain-pemain muda berlatih bersungguh-sungguh di pusat akademik pasukan dan mereka sentiasa memasang impian untuk bermain bersama pasukan senior. Pemain seperti Juan Mata yang mempunyai pengalaman menjuarai Piala Dunia mampu memberikan sesuatu kepada pemain-pemain muda ini walaupun dia jarang beraksi pada ketika ini. Dia tidak banyak bermain sejak musim lepas namun dia tidak menjadikan itu satu alasan untuk dia tidak berlatih atau berusaha semasa sesi latihan. Sikapnya itu memberikan inspirasi kepada kita semua.’ jelas Solskjaer pada musim lepas.

- Advertisement -