‘Masuk ke dalam kotak penalti, mencari ruang dan 2 tandukan yang cemerlang dapat dilakukan’ komen Roy Keane

0

C.Ronaldo telah memecahkan rekod penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa pada hari Rabu lepas. Dia kini menjaringkan 111 gol dengan pasukan Portugal selepas menjaringkan 2 gol di lewat permainan dalam perlawanan menentang Ireland ketika menang 2-1.

Bekas ketua pasukan C.Ronaldo semasa di United, Roy Keane ketika di tanya,’Ia luar biasa. Ireland telah memberikan saingan yang bagus kepada Portugal, walaupun C.Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti, namun anda boleh lihat bagaimana dia bijak ketika berada dalam kotak penalti.’

Roy Keane kerap mengkritik seseorang pemain pada sebelum ini namun ketika memberikan reaksi mengenai persembahan C.Ronaldo, tidak berlaku sama sekali.

Sesi temubual C.Ronaldo selepas perlawanan Portugal menentang Ireland.

‘Masuk ke dalam kotak penalti, mencari ruang dan 2 tandukan yang cemerlang dapat dilakukan. Tandukan yang C.Ronaldo lakukan untuk gol pertama sangat-sangat berani. Gol kedua, pergerakannya dan ketepatan hasil tandukan yang beliau lakukan. Berapa kali saya harus perkatakan. Beliau seorang yang bijak.’

Komen Roy Keane mengenai C.Ronaldo.

‘Saya sangat terkejut apa yang berlaku pada Jumaat lepas. Saya tahu ada segelintir peminat akan mempersoalkan kehadirannya pada usia tersebut. Namun dia masih lagi seorang pemain bertaraf dunia. Kita boleh lihat ketika perlawanan menentang Ireland. Dia seorang pemain bola sepak yang bijak. Saya tidak sabar untuk melihatnya bermain untuk United kembali.’

Pergerakan C.Ronaldo semasa gol yang dijaringkan.

Penampilan pertama untuk C.Ronaldo perlawanan menetang Newcastle? Kehadiran C.Ronaldo adalah kehadiran pemain yang jauh lebih baik kualiti penyudahnya berbanding Anthony Martial.

- Advertisement -