Mason Greenwood perlu kembali berada dalam kesebelasan utama

0

Selepas United menggunakan 16 orang pemain ketika tewas kepada Young Boys pada Rabu lepas, Greenwood bukan salah seorang daripada mereka. Kita memahami yang Solskjaer sebenarnya mahu merehatkan pemain muda itu yang telah bermain pada setiap perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris awal musim ini.

Kita dapat lihat, yang United amat merasai ketiadaan Greenwood dalam kesebelasan utama pasukan. Walaupun United turun dengan Jadon Sancho dan Paul Pogba di bahagian atas, namun impak CR7 kurang menyengat yang sebenarnya. United kekurangan kelajuan dan kepantasan di bahagian depan bagi membuka sedikit permainan ketika melakukan serangan ke atas pasukan Young Boys.

Kini Greenwood sudah mendapat rehat secukupnya, maka dia harus kembali berada dalam kesebelasan utama Untied pada perlawanan Ahad ini. Stadium London merupakan tempat di mana Greenwood menjaringkan gol pertama bagi Liga Perdana Inggeris pada musim lepas selepas ‘assist’ yang dilakukan oleh Alex Telles.

Greenwood telah memulakan kempen pada musim ini dengan 3 gol dalam 4 perlawanan. Tendangan padunya ketika United menang 4-1 ke atas Newcastle membantu CR7 menjaringkan gol pertama pada musim ini bersama United. Seperti biasa, CR7 akan bermula sebagai penyerang utama United pada perlawanan Ahad ini. Rashford dan Cavani masih lagi belum bersedia di turunkan. Manakala, Martial pasti akan mendapat tempat ketika perlawanan Piala Carabao nanti.

Greenwood tersenarai dalam Senarai ‘Golden Boy’

Dengan sekembalinya Scott Mctominay dibahagian tengah, pasti gandingan di bahagian tengah United akan berubah. Persaingan di antara Fred, Pogba, Matic, VDB dan McTominay. Jika Solskjaer menurunkan Fred dan Mctominay, maka berkemungkinan Pogba akan bermain di sayap kiri, dan Sancho akan ditolak ke bangku simpanan. Agak mustahil uuntuk meletakkan Pogba di bangku simpanan kerana dia telah mencipta ‘assist’ tertinggi bagi pasukan United pada awal musim ini. Pogba akan direhatkan dalam saingan Piala Carabao.

Pada musim ini, Greenwood mempunyai penyudah yang cukup berbisa pada musim ini. Dia telah menjaringkan 3 gol dalam 5 percubaan dalam 4 perlawanan. Greenwood telah melakukan 16 ‘shot creating actons’ pada musim ini diikuti Pogba 15 dan Shaw 13. Ketiadaan kelincahan Greenwood dalam perlawanan menentang Young Boys baru-baru ini amat terasa kerana United hanay mampu melakukan 2 percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan.

- Advertisement -