Mason Greenwood gembira dengan prestasinya pada musim ini

Walaupun dia menjaringkan gol kurang dari musim lepas.

0

Bintang muda United, Mason Greenwood merasakan dia begitu gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh dirinya pada musim ini walaupun dia menjaringkan lebih gol pada musim lepas.

Greenwoods yang baru berusia 19 tahum telah berjaya menmpatkan dirinya dalam kesebelasan utama sejak kebelakangan ini telah menjaringkan 12 gol dalam kesemua kejohanan yang dia beraksi.

Walaupun jumlah gol berkenaan kurang daripada musim lepas, dia mengakui dia banyak belajar pada musim ini dan merasakan dia kini berada pada 1 tahap yang lebih baik daripada musim lepas.

‘Saya rasa saya telah melakukan dengan lebih baik pada musim ini.’ kata Greenwood. ‘Apabila saya bermain dan tidak menjaringkan gol, ia bukanlah sesuatu yang bermakna saya tidak bermain dengan baik. Saya yakin saya kini adalah pemain yang yang mengutamakan semangat berpasukan.

‘Ada perlu bantu rakan sepasukan untuk bertahan ketika pihak lawan menyerang. Anda bukan sahaja perlu menjaringkan gol. Masih ada tugas lain yang lebih penting perlu dilakukan.’

‘Apabila anda dapat menjaringkan gol dan bermain dengan bagus ia sesuatu yang amat menyenangkan hati. Tetapi saya lebih memilih untuk membantu rakan sepasukan untuk memncapai kemenangan daripada saya mementingkan diri untuk menjaringkan gol dan tidak bermain dengan baik.’

‘Apa yang boleh dikatakan, semakan kesukanan amat penting kerana kami bermain sebagai satu pasukan dan saya telah bersedia untuk perkara tersebut. Jaringan gol akan hadir sendiri dan saya gembira jika kami memperoleh kemenangan.’

Greenwood telah menjaringkan 17 gol pada musim lepas pada usia mudanya itu. Dia merupakan diantara pemain akedemik yang berjaya pada ketika ini. Dia telah memecahkan rekod pemain muda yang menjaringkan banyak gol di mana yang diketuai Marcus Rashford dan Wayne Rooney pada sebelum ini.

Dia pasti akan berada dalam senarai pemain utama ketika perlawanan akhir Piala Europa pada awal khamis ini.

- Advertisement -