Masa depan karier De Gea menjadi persoalaan

0

Perjalanan karier De Gea pada 3 tahun lepas sangat kritikal bagi dirinya. Pada kejohanan Euro 2020 ini, dia telah disisihkan daripada kesebelasan utama Sepanyol. Ia sekaligus memberikan seribu persoalan mengenai karier De Gea pada musim hadapan.

Semasa kejohanan Piala DUnia 2018 yang lepas, Sepanyol dilihat sudah menemui pengganti penjaga gol lagenda mereka iaitu Iker Casillas. Namun sebaliknya telah berlaku.

De gea merupakan orang yang dipersalahkan dengan kesilapan yang telah dia lakukan pada kejohanan tersebut.

Sedangkan pada musim 2017/2018 De Gea tersenarai dalam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris untuk kali ketika dalam kariernya. Dia juga telah memenangi anugerah ‘Golden Golve’ pada musim tersebut dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Pada musim ini, Ole Gunnar Solskjaer telah menurunkan 2 penjaga gol berbeza pada perlawanan-perlawanan tertentu. Dengan kepulangan Dean Henderson dari pinjaman pada sebelum ini membuatkan persaingan untuk merebut penjaga gol utama menjadi kritikal.

Namun disebabkan beberapa kesilapan dari Henderson pada akhir-akhir musim, De Gea telah diberi kepercayaan untuk menjaga gawang gol pada perlawanan akhir Piala Europa.

Namun segalanya seperti tidak diduga kerana perlawanan tersebut berakhir dengan penentuan sepakan penalti di mana De Gea gagal menyempurnakan sepakan terakhir bagi United yang membolehkan Villarreal menjuari Piala Europa.

Namun kesalahan ini tidak boleh ditujukan kepada De Gea kerana selama 120 minit permainan, United gagal mencipta sebarang gol.

Pada akhir tahun lepas, Luis Enrique telah memuji persembahan De Gea selepas menjadi pemain terbaik perlawanan ketika Spenyol menentang Jerman. Walaupun dikatakan bergelut dengan prestasi semasa, Dea dikatakan akan menjadi penjaga gol utama Sepnyol pada musim ini.

“Dengan permainan yang dia pamerkan, kami kini mempunyai penjaga gol yang bagus.” kata Enrique pada September tahun lepas.

“Kami akan memantau perkembangan prestasinya. Dia dan Kepa ada melakukan beberapa kesilapan pada sebelum ini tetapi bukan sesuatu isu.”

Namun pada Euro 2020 kali ini, tugas penjaga gol utama Sepanyol telah diambil oelh penjaga gol Athletic Club, Unai Simon. Pemain berusia 24 tahun ini menjadi pilihan utama dari De Gea dan De Gea masih lagi membuat sebarang penampilan bersama pasukan Sepanyol pada musim ini iaitu hampir 10 perlawanan.

De Gea masih mempunyai baki 2 tahun kontrak dengan gajinya seminggu 375 ribu pound, United pasti menghadapi kesukaran untuk menjualnya kerana gajinya yang begitu lumayan bagi seorang penjaga gol.

Namun jasa De Gea tidak pernah dilupakan oleh peminat-peminat United. Namun, pada musim ini pasti menjadi musim kritikal bagi dirinya kerana perjalanan 3 tahun lepas yang begitu mengecewakan.

- Advertisement -